Eczema bukan sekadar isu kulit kering biasa. Ia hadir bersama rasa gatal yang berpanjangan, kemerahan, kulit menggelupas dan rasa tidak selesa yang boleh menjejaskan rutin harian serta keyakinan diri.
Apa yang membuatkan rawatan eczema mencabar adalah sifat kulit yang sangat sensitif dan mudah flare up apabila terdedah kepada produk yang tidak sesuai. Justeru, pelembap atau krim yang digunakan mestilah bukan sahaja melembapkan, tetapi juga membantu memulihkan lapisan pelindung kulit yang rosak tanpa menyebabkan iritasi tambahan.
Terdapat beberapa krim yang terbukti berkesan di pasaran, sama ada di farmasi atau platform dalam talian. Berikut EH! senaraikan lima krim terbaik untuk masalah eczema yang sering disarankan oleh pakar dermatologi dan dipercayai oleh ramai pengguna.
1. CeraVe Eczema Relief Moisturizing Cream
Krim ini merupakan pilihan popular dalam kalangan penghidap eczema kerana formulanya yang simple dan berkesan. Diformulasikan dengan tiga jenis ceramide penting, krim daripada CeraVe ini membantu memulihkan lapisan perlindungan kulit sambil mengekalkan kelembapan sepanjang hari. Teksturnya pekat tetapi tidak melekit, sesuai digunakan pada wajah dan badan, termasuk untuk kulit sensitif dan kanak-kanak.

2. Eucerin Eczema Relief Cream
Direka khusus untuk kulit yang mengalami kegatalan dan kemerahan akibat eczema, krim ini daripada Eucerin ini membantu menenangkan kulit semasa flare-up. Kandungan seperti colloidal oatmeal membantu melegakan kegatalan dengan cepat, menjadikannya sesuai digunakan ketika simptom sedang aktif atau kulit terasa sangat tidak selesa.

3. Aveeno Eczema Therapy Moisturizing Cream
Dikenali dengan penggunaan oat semula jadi, krim daripada Aveeno ini membantu menenangkan kulit sensitif dan mengurangkan kegatalan akibat eczema. Ia bebas pewangi dan sesuai untuk penggunaan harian, terutamanya bagi mereka yang memerlukan pelembap ringan tetapi berkesan untuk jangka panjang.

4. Ceradan Skin Repair Cream
Pilihan yang sering disarankan oleh pakar dermatologi, Ceradan Skin Repair Cream memfokuskan kepada pembaikan skin barrier melalui gabungan ceramide, kolesterol dan asid lemak yang menyerupai lipid semula jadi kulit. Ia sesuai untuk bayi, kanak-kanak dan dewasa, serta mudah didapati di farmasi.

5. Suu Balm Ceramide Moisturiser
Untuk mereka yang mengalami eczema dengan kegatalan yang ketara, krim daripada Suu Balm ini menawarkan kelegaan pantas tanpa penggunaan steroid. Diformulasikan dengan ceramide dan agen penyejuk ringan, ia membantu mengurangkan rasa gatal sambil memberikan kelembapan yang tahan lama. Teksturnya selesa untuk digunakan siang dan malam.

Artikel Berkaitan: 11 Produk Bodycare Pilihan EH! 2025
