Pasangan selebriti popular Indonesia, Angga Yunanda dan Shenina Cinnamon, mengumumkan bahawa mereka sedang menantikan anak pertama. Pengumuman penuh makna ini dibuat bersempena sambutan ulang tahun perkahwinan pertama mereka menjadikan detik tersebut lebih istimewa dan emosional.

Menerusi perkongsian di media sosial, pasangan ini memuat naik beberapa foto bertema serba putih yang ringkas tetapi menyentuh perasaan. Antara yang mencuri perhatian ialah imbasan ultrasound kehamilan serta potret Shenina yang jelas memperlihatkan baby bump yang semakin ketara, sementara Angga yang berdiri di sisi dengan senyuman penuh bahagia.
“Anniversary pernikahan pertama kami terasa lebih lengkap, kerana ada keajaiban yang datang melengkapi. Alhamdulillah Tuhan menitipkan hadiah terindah di antara kami. Happy 1st anniversary & hi bayi,” tulis Angga
Pengumuman kehamilan ini turut mendapat reaksi hangat daripada rakan-rakan selebriti. Antara yang meninggalkan komen ialah Maudy Ayunda, Pevita Pearce dan Prilly Latuconsina, masing-masing meluahkan rasa teruja dan gembira dengan berita tersebut.
“Aaaa.. congrats kaliann,” @maudyayunda
“Congrats Angga and Shaneyneyyy,” @pevpearce
“omgggg congrats bgt bgttttt!!” @Prillylatuconsina96
Pasangan ini sah bergelar suami isteri pada 10 Februari 2025, apabila Angga mengumumkan perkahwinan mereka melalui media sosial. Ketika itu, mereka berkongsi foto-foto akad nikah yang menampilkan kedua-duanya mengenakan busana putih yang elegan, dengan sentuhan adat pada pakaian mempelai lelaki. Momen di meja akad nikah, pertukaran cincin serta paparan buku nikah dengan wajah bahagia kedua-duanya menjadi antara gambar yang paling mencuri perhatian peminat.
Kisah cinta Angga dan Shenina sebelum ini mula menjadi bualan selepas mereka kerap dilihat bersama usai bergandingan dalam filem Di Bawah Umur pada tahun 2020. Sejak itu, hubungan mereka berkembang secara sederhana dan jauh daripada sensasi, menjadikan ramai peminat menghargai cara pasangan ini menjaga privasi namun tetap jujur berkongsi kebahagiaan.
Artikel Berkaitan: Eyka Farhana & Akhyar Rashid Bakal Timang Cahaya Mata Pertama



