Semakin ramai selebriti Korea kini mempelajari bahasa Inggeris, bukan sahaja untuk meluaskan peluang kerjaya, tetapi juga untuk berkomunikasi dengan peminat antarabangsa, terutamanya susulan fenomena K-Pop dan gelombang idol yang semakin meluas.
Berikut ialah 15 selebriti Korea ini fasih berbahasa Inggeris, yang mungkin anda tidak percaya:
Wi Ha-jun
Wi Ha-jun terkenal dengan pelbagai wataknya dalam beberapa drama Korea yang popular. Namun, pelakon ini mengejutkan peminat apabila bercakap dalam bahasa Inggeris dalam siri Netflix yang sangat popular, Squid Game. Dalam satu temu bual dengan Vulture, dia mendedahkan,
“Apabila saya sedang merakam babak VIP, salah satu perkara yang saya risaukan adalah terpaksa menyampaikan dialog dalam bahasa Inggeris.”
The Rose’s Woosung
Ketua dan vokalis utama kumpulan pop-rock Korea, The Rose, iaitu Woosung, fasih berbahasa Inggeris kerana membesar di Los Angeles. Dia mempelajari bahasa Korea apabila terpaksa berpindah ke Korea untuk memulakan kerjaya muziknya dan bergurau bahawa memandangkan dia telah menghabiskan 10 tahun terakhir bercakap lebih banyak dalam bahasa Korea berbanding Inggeris, penguasaan kedua-dua bahasa itu agak “susah”.
Ailee
Ailee merupakan warga Korea-Amerika, jadi bahasa Inggeris sebenarnya ialah bahasa pertamanya! Dia berasal dari New Jersey dan mula dikenali menerusi YouTube sebelum melangkah masuk ke industri muzik sebagai seorang penyanyi.
Song Joong-ki
Pelakon Korea Selatan, Song Joong-ki, yang kini sudah berkahwin semula ternyata fasih berbahasa Inggeris sehingga lawatan media ke Singapura untuk drama, Reborn Rich, dijalankan sepenuhnya dalam bahasa Inggeris. Walaupun kadangkala dia bergantung pada penterjemah untuk lebih memahami soalan daripada media, dia cukup selesa untuk menjawab semua soalan dalam bahasa Inggeris.
Seo Yea Ji
Pelakon Korea Selatan yang menawan dan terkenal, Seo Yea Ji bukan sahaja fasih berbahasa Inggeris namun, fasih bercakap bahasa Sepanyol juga! Kelulusan Universiti Complutense Madrid, dia mengambil jurusan Kewartawanan kerana ingin menjadi penyampai berita TV. Suaranya yang unik menjadikan bunyi bahasa Sepanyol lebih menarik dan seksi.
Gong Yoo
Walaupun pelakon ini tidak pernah belajar di luar negara, dia cukup fasih berbahasa Inggeris. Malah, ketika berkhidmat di tentera, dia pernah mengendalikan sebuah rancangan radio di mana dia mengajar asas perbualan Inggeris melalui pelajaran berasaskan situasi.
Lee Byung Hun
Anda pasti sudah melihat banyak adengan Byung Hun bercakap dalam bahasa Inggeris di mana-mana filem Hollywood. Perkara yang menarik tentang pelakon ini ialah dia tidak pernah tinggal di Amerika, sebaliknya mengkajinya sendiri! Selain bahasa Inggeris, dia juga fasih berbahasa Perancis dan berkelulusan di bahasa yang sama!
Rain
Nama Rain menginjak populariti luar biasa di Asia sehingga dia ditawarkan watak utama dalam produksi Hollywood, Ninja Assassin. Namun, dia pada ketika itu belum fasih dalam bahasa Inggeris. Malah, dia mengakui secara jujur bahawa dia baru sahaja mula belajar bahasa itu. Walau bagaimanapun, persembahannya dalam filem itu tetap memukau penonton.
Rahsianya untuk menguasai bahasa baru? Dia mendedahkan bahawa dia berlatih dengan bercakap sendiri, dia akan duduk di sebuah kedai kopi, menyoal dirinya sendiri dan menjawab soalan itu seorang diri.
Choi Siwon
Walaupun dia merupakan rakyat Korea asli dan tidak pernah menuntut di luar negara, pelakon ini dilaporkan fasih berbahasa Inggeris. Dia pernah memperlihatkan sedikit kebolehannya apabila menyapa pihak media dalam bahasa Inggeris ketika berada di Singapura.
Sebagai bukti lain tahap kefasihannya, dia juga berkomunikasi dalam bahasa Inggeris dengan pelakon China dan bekas kekasihnya, Liu Yifei.
2pm’s Taecyeon
Taecyeon melanjutkan pelajaran di Amerika Syarikat sejak sekolah menengah rendah hingga sekolah menengah atas, jadi tidak menghairankan dia fasih berbahasa Inggeris dan malah bertutur dengan loghat Amerika. Pelakon Vincenzo itu turut mendedahkan dalam sebuah rancangan variasi bahawa kadangkala staf agensinya akan meminta bantuannya untuk menyemak lirik lagu dalam bahasa Inggeris bagi memastikan tatabahasanya tepat dan betul.
Lee Seung Gi
Tidak ramai yang mengetahui bahawa Lee Seung Gi sebenarnya fasih berbahasa Inggeris sehinggalah dia menjalani penggambaran program Sisters Over Flowers, di mana dia dengan yakin mengemudi perjalanan di Istanbul, Zagreb, Split dan Dubrovnik sambil mengetuai sekumpulan pelakon wanita veteran.
Selepas menerima pujian daripada warga maya, pihak pengurusannya mendedahkan bahawa dia sememangnya kerap mempelajari bahasa Inggeris. Namun begitu, dia dikatakan lebih fasih berbahasa Jepun malah tahap penguasaannya hampir seperti penutur asli.
Park Bo-gum
Dilahirkan dan dibesarkan di Seoul, pelakon drama Encounter itu mengejutkan peminat apabila bertutur dalam bahasa Inggeris yang fasih semasa sesi pertemuan peminat di Filipina. Usahanya untuk berkomunikasi dengan peminat antarabangsa nyata mengagumkan orang ramai, lebih-lebih lagi apabila dia pada awalnya naik ke pentas bersama seorang jurubahasa.
Namun begitu, jejaka pujaan ramai itu bertutur dalam bahasa Inggeris hampir sepanjang acara yang berlangsung selama dua setengah jam tersebut, malah turut menyanyi dan menari mengikut lagu hit BTS, Boy With Luv.
Ahn Hyo-seop
Ahn Hyo-seop merupakan seorang lagi selebriti Korea yang berhijrah ke Toronto, Kanada bersama keluarganya ketika masih muda. Dia juga mempunyai nama Inggeris iaitu Paul Ahn.
Pelakon ini sebenarnya hampir membuat debut sebagai ahli kumpulan lelaki di bawah JYP Entertainment, GOT7, sebelum dia memilih untuk menolak tawaran tersebut. Kefasihan serta sebutan bahasa Inggerisnya yang jelas dapat dilihat menerusi lakonannya dalam drama Still 17 dan Abyss.
Choi Woo Shik
Choi Woo-shik tidak begitu menonjol sehingga kejayaan filem Train to Busan dan Parasite. Pada tahun 2021, pelakon ini muncul dalam siri varieti Youn’s Stay di mana dia mempamerkan kemahirannya dalam bahasa Inggeris. Dia mengakui bahawa dia tidak menganggap dirinya fasih dalam bahasa Inggeris,
Sebenarnya, dia menghabiskan sebahagian besar hidupnya di Vancouver, Kanada, kerana keluarganya berhijrah ke sana ketika dia masih kecil. Dia juga dikenali dengan nama Inggeris Edward dan nama panggilan Eddie.
Park Min Young
Park Min Young tidak pernah mempamerkan kemahiran bahasa Inggerisnya dalam mana-mana K-dramanya. Namun, anda pasti terkejut mengetahui bahawa Park Min Young adalah pelajar pertukaran di sekolah menengah dan telah belajar bahasa Inggeris semasa dia menjadi pelajar di luar negara. Dia juga mempunyai nama Inggeris, Rachel.
