Epstein Files jenayah golongan elit?
Kes Jeffrey Epstein atau dikenali Epstein Files bukan sahaja menggemparkan dunia kerana skandal jenayah seksnya, tetapi juga kerana sisi gelap dan misteri yang menyelubungi golongan elit yang terlibat.
Di sebalik laporan media dan dokumen mahkamah, terdapat cerita-cerita mengenai ritual pelik, tingkah laku mencurigakan dan sisi gelap yang sukar dipercayai.
5 ritual pelik dan sisi gelap yang terbongkar dalam Epstein Files, kisah yang bukan sahaja mengejutkan, malah membuka mata tentang dunia rahsia yang dipenuhi kuasa, wang dan pengaruh.

Cream cheese & Pizza
Dokumen yang dikaitkan dengan Jeffrey Epstein telah mencetuskan perdebatan selepas beberapa pengguna dalam talian menandakan istilah seperti ‘pizza’ dan ‘krim keju’ sebagai bahasa kod.
Namun begitu, konteks rujukan tersebut masih tidak jelas, dengan banyak komunikasi telah disunting secara meluas dan tiada pengesahan rasmi mengenai maksud tersembunyi. Ada segelintir menyatakan, ia membawa maksud bayi manusia yang baru lahir, dimana ia dihidangkan sebagai makanan kepada golongan elit.
DOJ sendiri tidak mengesahkan dakwaan tersebut sebagai fakta dan tiada bukti tambahan diserahkan. Tidak ada pertuduhan jenayah rasmi, saksi yang disahkan, atau bukti forensik yang menyokongnya.

Kanak-kanak pakai baju watak Role‑play
Butiran kehidupan peribadi yang sangat mengganggu! Tersebar kumpulan foto yang dikeluarkan termasuk imej golongan elit sedang mencium dan memegang kanak-kanak perempuan memakai baju watak role-play.
Foto-foto lain termasuk pakaian seragam sekolah dan kemeja yang disulam dengan perkataan ‘BABY CRY’.

Hiasan aneh
Salah satu foto mengejutkan yang dipamerkan di rumahnya menunjukkan seorang budak lelaki sedang memeriksa bahagian bawah seluarnya sendiri. Dinding-dinding rumahnya juga dipenuhi dengan foto berbingkai kanak-kanak, termasuk imej seorang gadis kecil yang duduk di atas bahu Epstein.

Kenapa golongan elit?
Mereka inginkan kemasyuran dan kehidupan kaya. Bayangan Illuminati, sebuah kelab global tidak formal yang terdiri daripada individu berkuasa dan sangat kaya, yang semuanya nampaknya saling mengenali, saling membantu dan melindungi antara satu sama lain daripada kelakuan terkutuk mereka.

Kejam
Sebahagian fail termasuk catatan mangsa yang mendakwa bahawa dia dipaksa hamil ketika masih remaja dan bayi itu diambil daripadanya selepas lahir. Ini adalah dakwaan serius mengenai pemerdagangan manusia, penderaan seks dan eksploitasi kanak‑kanak.
Baca: Cameron Diaz, Naomi Campbell Dan Leonardo DiCaprio Antara Nama Yang Disebut Dalam Fail Epstein
