Melangkah masuk ke pagi Raya dengan kulit yang sihat dan berseri sudah pasti menjadi impian semua. Mana tidaknya, inilah waktu kita bertemu sanak saudara yang mungkin hanya setahun sekali berjumpa. Sudah tentu kita mahu seri wajah menjadi pujian mereka dan bukan sekadar menjawab soalan cliché “bila nak kahwin?”.
Skincare tidak boleh berubah dalam satu malam. Jika anda mahukan kulit yang glowing, persediaan tidak boleh dibuat seminggu sebelum Raya. Kulit perlukan masa untuk pulih, kembali seimbang dan menunjukkan hasil yang real.
EH! cadangkan anda mula 30 hari lebih awal. Kekalkan rutin yang sesuai dengan jenis kulit, jangan terlalu kerap bertukar produk, dan beri ruang untuk kulit menyesuaikan diri. Dengan langkah yang betul dan disiplin yang konsisten, kulit anda akan tampil lebih sihat, licin dan berseri tepat pada masanya di pagi Raya.
Minggu Pertama, Reset & Detoks Kulit
Minggu pertama adalah fasa reset. Anggap ia sebagai masa untuk menenangkan kulit selepas mungkin terlalu banyak mencuba produk sebelum ini. Kembali kepada rutin asas yang ringkas tetapi konsisten seperti pencuci muka lembut, toner yang menghidrat, serum asas seperti hyaluronic acid, pelembap dan sunscreen setiap pagi. Elakkan eksperimen dengan retinol jika kulit belum betul-betul stabil. Exfoliate cukup sekadar satu hingga dua kali seminggu untuk membuang sel kulit mati dan membantu produk menyerap dengan lebih baik. Fokus minggu ini hanyalah untuk menguatkan skin barrier.
Produk Rekomendasi EH!



Minggu Kedua, Fokus Pada Isu Kulit
Masuk minggu kedua, barulah anda boleh lebih spesifik. Jika kulit kelihatan kusam, tambahkan serum vitamin C pada rutin. Jika jerawat mula muncul, pilih spot treatment atau serum dengan niacinamide yang lebih menenangkan. Tekstur yang tidak sekata boleh dirapikan dengan exfoliating toner seminggu sekali, manakala pigmentasi memerlukan serum pencerah yang konsisten digunakan pada waktu malam. Apa pun yang anda tambah dalam rutin, sunscreen kekal sebagai langkah paling penting. Tanpa perlindungan UV, sukar untuk melihat perubahan yang ketara menjelang Raya.
Produk Rekomendasi EH!



Minggu Ketiga, Boost Glow & Kelembapan
Minggu ketiga biasanya kulit sudah lebih stabil dan inilah masa untuk meningkatkan seri. Tambahkan sheet mask beberapa kali seminggu untuk boost hidrasi dan gunakan sleeping mask agar kulit tampak lebih plump ketika bangun sahur. Jika anda merancang untuk membuat facial, lakukan sekurang-kurangnya dua minggu sebelum Raya supaya kulit sempat pulih sepenuhnya. Pada tahap ini, gaya hidup juga memainkan peranan besar. Cukupkan air ketika sahur dan berbuka, kurangkan gula berlebihan dan cuba dapatkan tidur yang berkualiti walaupun jadual sedikit padat.
Produk Rekomendasi EH!


Minggu Keempat, Maintain & Jangan Overdo
Apabila memasuki minggu terakhir sebelum Syawal, disiplin menjadi kunci. Jangan terpengaruh untuk mencuba produk baharu secara tiba-tiba. Kekalkan rutin yang sudah serasi, kurangkan exfoliate dan fokus kepada hidrasi. Kulit yang cukup air akan kelihatan lebih halus, pori tampak lebih lembut dan solekan akan melekap dengan lebih cantik tanpa bercapuk.
Artikel Berkaitan: 7 Maskara Anti-Smudge Untuk Momen Bermaaf-Maafan Raya
