Lagu raya 2026 kembali lagi dengan irama unik, merdu dan syahdu menusuk hati!
Setiap kali Syawal menjelang, satu perkara yang pasti mencuri perhatian selain juadah dan busana raya ialah lagu raya yang berkumandang di corong radio, televisyen dan platform digital.
Daripada rentak tradisional yang sarat nostalgia hinggalah sentuhan moden pop, R&B dan balada yang lebih segar serta relevan dengan generasi hari ini.
Senarai lagu Raya baru & trending 2026 yang sedang menjadi pilihan pendengar. Kemas kini playlist Raya anda dengan lagu-lagu terkini yang bakal menjadi siulan sepanjang musim perayaan tahun ini!
BERAYA DENGAN SAYA, DATO’ SRI SITI NURHALIZA
Pertama, semestinya lagu dari biduanita negara, Dato Sri Siti Nurhaliza, Beraya Dengan Saya. Lagu ini punya mood rancak yang memang akan terus naikkan mood nak beraya. Vokalnya juga cukup merdu, nada lagu ini juga tinggi ya!
SUASANA RAYA, ERNIE ZAKRI & SYAMEL
Kami juga suka lagu raya duet Ernie Zakri dan Syamel, Suasana Raya. Menariknya video muzik untuk lagu ini dirakamkan di Hong Kong. Gelagat Lala, buat mood lagu ini lebih meriah.
LAGU RAYA UNTUKMU, HAEL HUSAINI
Saban tahun Hael Husaini konsisten menghasilkan lagu raya baharu. Lagu Raya Untukmu masih mengekalkan signature nada-nada Hael Husaini, namun begitu lagu ini punya hook pada bahagian korus yang catchy.
Rindu Raya – ALPHA (Official Music Video)
Dipersembahkan oleh kumpulan ALPHA, lagu ini merupakan penampilan raya pertama ALPHA menggabungkan elemen pop moden dengan sentuhan tradisional yang cukup dekat di hati pendengar.
KAMPUNG KITA, WANI KAYRIE
Dinyanyikan oleh Wani Kayrie, lagu ini tampil ceria, segar dan penuh energi, sesuai dengan imejnya yang youthful! Liriknya ringkas tetapi dekat di hati.
YA RAYA, BELLA ASTILLAH
Lirik yang cukup mengasyikkan, ‘Ra Ya Ya Ya Ya, Ra Ya Ya Ya Ya’ oleh Bella Astillah cukup menghiburkan, dan juga menyentuh hati, membangkitkan rasa rindu pada momen indah bersama insan tersayang.
AYUH RAYA, IMAN TROYE & XO JR
Setiap tahun, lunak suaranya bakal didengari di stesen radio atau carta tinggi ketika raya. Tahun ini, Iman Troye kembali dengan kolaborasi segar bersama XO JR menerusi lagu Ayuh Raya, sebuah naskhah penuh tenaga yang meraikan kemeriahan Aidilfitri dengan sentuhan moden dan youthful.
RAYA DUIT, BABY SHIMA
Di era sekarang jarang kita dapat dengarkan lagu raya yang hadir dengan genre dangdut. Kelainan yang dibawa oleh Baby Shima ini adalah bingkisan istimewa buat penggemar dangdut.
Sterk – Raya Check (Official Music Video)
Lain dari lain! Liriknya berkisar tentang tradisi raya yang masih ‘on check’, daripada persiapan baju baru, duit raya, balik kampung hingga momen berkumpul bersama keluarga. Santai, catchy dan muzik video rasmi pula penuh warna dan karakter, memaparkan suasana raya yang fun.
