Aidilfitri adalah waktu untuk meraikan kemenangan dengan penuh gaya dan keyakinan. Selain baju raya, gaya solekan juga penting untuk menyerlahkan lagi Raya 2026 anda!
Antara gaya solekan yang mencuri perhatian tahun ini adalah daripada koleksi Raya 30 Ramadan 30 Selebriti 30 Makeup Raya oleh Alha Alfa Collection. Koleksi ini menampilkan interpretasi glam moden yang fleksibel, sesuai dipadankan dengan pelbagai tema Raya.
Berikut adalah tujuh gaya solekan influencer yang boleh anda jadikan inspirasi untuk Raya 2026.
Sweet Amber Twilight

Sebagai permulaan, gaya solekan yang pertama merupakan Sweet Amber Twilight. Daripada nama, look ini menggambarkan rupa lembut diinspirasikan daripada cahaya senja. Dengan menampilkan kombinasi pemerah pipi merah jambut dan glittery solek mata, sangat sesuai untuk sesiapa yang memilih tema merah jambu belacan, memberikan gaya lembut namun tetap memukau sepanjang Raya. Tidak lupa juga, bibir merah lembut yang menawan ini menggunakan produk Lip Velvet daripada Alha Alfa Cosmetics sendiri, melengkapkan solekan untuk Raya 2026 dengan seri yang memukau dan tahan lama.
Thai Glam

Seterusnya, bukan sahaja popular pada tahun-tahun yang sebelum, Thai Glam juga dipilih untuk gaya solekan Raya 2026. Ramai tahu, gaya Thai Glam ini terkenal dengan look yang berani, sesuai untuk yang tema garang, namun tetap classy seperti hitam, emas dan warna-warna gelap. Signifikan gaya solekan ini adalah celak coklat yang tidak terlalu tebal dan solekan mata yang lebih kepada nada hangat, gaya ini tidak terlalu berlebihan atau melampau. Digabungkan dengan kulit flawless dan sedikit highlight untuk menyerlahkan seri wajah, menghasilkan penampilan dramatik yang standout tetapi tetap elegan sepanjang Raya.
Dreamy Princess Royalty

Dreamy Princess Royalty menampilkan solekan yang pinkish dan lembut, tetapi pada masa yang sama, tampak mewah. Sentuhan shimmer halus dan merah jambu lembut sebagai pemerah pipi, memberi efek “fairy-tale glow”, melengkapkan lagi keseluruhan look dengan bibir nude-rose berkilau, menjadikan penampilan anggun dan feminin, sesuai untuk mereka yang mahu tampil seperti puteri di pagi Raya.
3G atau Golden Glow Glam

Rona emas dan bronze, dilapis sejambak penyerlah di mata, menyempurnakan lagi look yang dipanggil sebagai 3G. Untuk mereka yang ingin tampil standout dan elegan pada masa yang sama, gaya solekan ini yang paling sesuai. Bukan yang biasa-biasa, untuk lebih over, boleh juga kenakan dengan aksesori emas dan baju raya untuk tampak lebih mewah dan mahal.
K-INDO-GLOW

Setiap orang pasti mahu nampak berseri di pagi Raya. Bagi gaya solekan yang dipanggil K-INDO-GLOW ini, ia menekankan kulit glowing yang tampak natural. Disesuaikan dengan penyerlah lembut, solek mata dalam tona peachy atau coral dan pemerah pipi untuk menambah lagi seri di wajah. Bibir nude atau merah jambu lembut melengkapkan penampilan, gaya ini walaupun natural, tetapi tetap nampak classy untuk Raya 2026.
Sweet Arabic Glow

Disebabkan namanya Arabic, gaya solekan yang satu ini lebih senang dipanggil bold dan memberi aura yang kuat. Alis yang dilukis tebal dan mencacak merupakan salah satu sorotan utama gaya ini. Tidak lupa juga, solek mata terutamanya bahagian bawah mata, dilukis dengan celak hitam. Diinspirasikan daripada teknik solekan tradisional Arab untuk tampil lebih gah dan menonjol. Highlighter juga diletakkan penuh di bawah mata untuk menyerlahkan seri. Manakala pemerah pipi diposisikan di hujung pipi bagi menambah dimensi wajah. Keseluruhan penampilan glamor, confident, dan sempurna untuk Raya.
Ethereal Glossy Glow

Ethereal Glossy Glow menampilkan solekan yang feminin dengan rona merah jambu lembut, menonjolkan ciri unik iaitu solek mata merah jambu pada waterline bawah mata yang membuatkan mata tampak lebih menyerlah. Look ini turut dipertegaskan dengan eyeliner tebal untuk efek mata lebih besar, sementara overline lips digunakan secara subtle agar bibir kelihatan penuh tanpa berlebihan. Penggunaan lens gradian dengan sedikit hint merah jambu juga menambah dimensi dan kesan dreamy pada keseluruhan penampilan, dipadankan dengan highlighter halus, menjadikan gaya ini segar, nampak comel dan lain daripada yang lain untuk Raya 2026.
Baca: Sempurnakan Gaya Lebaran Anda dengan Sepatu Pilihan EH!
