Jom kunjungi Pop Up Raya!
Menjelang Syawal 2026, suasana raya di ibu kota dan sekitarnya kembali meriah dengan lambakan acara Pop Up Raya yang dinanti-nantikan.
Selain bazar ramadan, trend pop up raya kini menjadi pilihan ramai kerana menawarkan pengalaman membeli-belah yang lebih eksklusif, selesa dan curated daripada koleksi baju kurung dan kaftan terkini, aksesori, tudung, sehinggalah kuih raya dan dekorasi rumah.
Jika anda sedang merancang jadual membeli-belah atau mahu tahu lokasi dan tarikh pop up raya yang happening tahun ini, berikut ialah senarai Pop Up Raya 2026 di KL & Selangor yang boleh dimasukkan dalam kalendar anda.
Jangan tunggu saat akhir kerana koleksi paling cantik selalunya paling cepat sold out!

1. Pasar Seloka, Bangsar Village II
Buat pertama kalinya, Pasar Seloka Raya memilih Bangsar Village II sebagai lokasi penganjuran mereka dan edisi kali ini tampil dengan 16 vendor terpilih yang dikurasi dengan penuh teliti. Menghimpunkan wajah-wajah familiar serta jenama baharu yang sedang meningkat naik, antara jenama yang turut serta termasuk, ANAABU, Kapten Batik, Milliot & Co., SHALS dan banyak lagi.
Lokasi: Bangsar Village II, Kuala Lumpur
Tarikh: 25 Februari – 15 Mac 2026
Masa: 10.00 pagi – 10.00 malam

2. The Campus Ampang
“Class of Eid Semester 2026 is officially in session!” begitulah semangat yang dibawa oleh cirKLe: Eid Semester 2026, sebuah pop up Raya yang mengangkat konsep komuniti, gaya dan pengalaman dalam satu ruang yang dikurasi penuh makna. Bertempat di The Campus Ampang, acara ini menjanjikan suasana lebih daripada sekadar membeli-belah. Sepanjang semester Raya ini, pengunjung boleh menjangkakan:
- Himpunan cult-favourite Raya brands
- Sesi Ramadan talks yang inspirasi
- Momen Eid portraiture untuk kenangan Syawal
- Ruang curated yang meraikan gaya, niat dan komuniti
Lokasi: The Campus Ampang
Tarikh: 28 Februari – 8 Mac 2026
Masa: 11.00 pagi – 12.00 malam (Isnin hingga Khamis) & 10.00 pagi – 12.00 malam (Jumaat hingga Ahad)

3. Anjung Syawal, Putrajaya
Khabar gembira buat pemburu persiapan Aidilfitri, Anjung Syawal kembali memeriahkan suasana sempena Festival Ramadan Putrajaya 2026! Setiap tahun, acara ini menjadi antara tumpuan utama warga Lembah Klang yang ingin menikmati pengalaman membeli-belah dalam suasana Ramadan yang lebih tersusun dan selesa.
Bertempat di Dataran Putrajaya, Presint 3, Jualan Anjung Syawal menawarkan pelbagai pilihan busana Raya, aksesori, kuih-muih tradisional serta barangan keperluan Aidilfitri lain.
Lokasi: Dataran Putrajaya, Presint 3
Tarikh: 18 Februari – 19 Mac 2026

4. Mekar Raya, Publika
Dengan lebih 80 booth vendor yang memenuhi ruang Level G2 dan Level UG, Mekar Raya menghimpunkan pelbagai khazanah perayaan yang telah dikurasi khas daripada busana Raya moden dan tradisional, aksesori, produk kecantikan, sehinggalah kuih dan dekorasi rumah.
Tarikh: 26 Februari – 29 Mac 2026
Lokasi: Level G2 & Level UG, Publika

5. Hidden Market : Raya Special, Lalaport
Kalau anda mahukan pengalaman shopping Raya yang lebih chill dan santai, Hidden Market: Raya Special di LaLaport Bukit Bintang City Centre mungkin pilihan paling tepat.
Berlokasi di Central Rooftop Garden, acara ini menawarkan suasana terbuka dengan vibe komuniti yang lebih laid-back sesuai untuk mereka yang ingin membeli-belah sambil menikmati angin malam kota. Selain pilihan vendor Raya yang curated, pengunjung juga boleh menikmati persembahan live, bengkel interaktif, sesi perkongsian serta pelbagai aktiviti menarik sepanjang acara berlangsung.
Tarikh: 6, 7 & 8 Mac 2026
Masa: 2.00 petang – 12.00 tengah malam
Lokasi: Central Rooftop Garden, LaLaport
