Rona Raya, Graceful Gaya, Carlo Rino memperkenalkan Koleksi The Horizon sempena Lebaran tahun ini!
Raya sentiasa tentang perjalanan. Tentang detik mengemas beg dan memulakan perjalanan pulang, kembali ke pangkuan keluarga, kembali kepada memori yang membesarkan kita. Tahun ini, sambil kita meraikan Hari Raya dengan semangat babak baru, biarkan setiap langkah ditemani gaya yang cukup elegan dan bermakna.
Sempena kempen Rona Raya, Graceful Gaya, Carlo Rino memperkenalkan koleksi The Horizon, sebuah koleksi yang terinspirasi daripada simbol horizon iaitu garis lembut yang melambangkan kesinambungan, ketenangan dan pergerakan. Seindah perjalanan balik kampung yang dinanti-nantikan, koleksi ini membawa mesej bahawa setiap perjalanan pulang adalah satu permulaan baharu.
Sebagai wajah kempen, Sharifah Rose menterjemahkan semangat Raya moden dengan begitu effortless. Gayanya lembut namun yakin, klasik tetapi segar, persis wanita hari ini yang menghargai tradisi sambil meraikan identiti sendiri.
Raya Look 1: Kasual Chic Untuk Balik Kampung
Horizon Boston Bag
Untuk perjalanan jauh dan kunjungan santai di siang hari, siluet berstruktur dengan sentuhan elegan menjadi pilihan sempurna. Horizon Boston Bag tampil dengan perincian jalur halus dan kemasan tona nude yang lembut, menyerlahkan gaya yang moden serta sofistikated.
Reka bentuknya yang kemas dengan pemegang atas yang kukuh memberi keseimbangan antara fungsi dan fesyen. Warna neutral yang versatil ini mudah dipadankan dengan baju kurung moden, jubah ringkas atau set minimalis untuk penampilan Raya yang effortless tetapi tetap bergaya.
Raya Look 2: Elegan Untuk Open House
Horizon Bucket Bag
Apabila tiba waktu berkunjung ke rumah sanak saudara dan sahabat handai, penampilan yang lebih kemas dan sofistikated menjadi pilihan utama. Horizon Bucket Bag dengan siluet berstruktur dan rekaan top-handle yang moden menyerlahkan aura refined yang sesuai untuk suasana festive dan open house.
Perincian jalur halus bersama tona nude yang lembut memberikan sentuhan elegan tanpa berlebihan, menjadikan setiap langkah tampak yakin dan anggun. Dipadankan dengan aksesori seperti scarf bercorak lembut atau jam tangan minimalis, keseluruhan gaya kelihatan harmoni, chic dan memikat sepanjang Syawal.
Raya Look 3: Timeless Untuk Malam Raya
Horizon Tote Bag
Untuk suasana lebih formal atau majlis malam Raya, Horizon Tote Bag menjadi pilihan yang sofistikated dan penuh karakter. Siluetnya yang berstruktur dengan garis jalur halus serta tona nude hangat menyerlahkan gaya klasik yang tidak lapuk dek masa. Rekaan yang luas dan praktikal menjadikannya ideal untuk membawa keperluan penting, tanpa mengorbankan sentuhan elegan pada penampilan.
Kemasan yang bersih bersama logo yang subtil memberi aura refined dan versatile, sesuai digayakan bukan sahaja ketika musim perayaan, malah untuk acara rasmi dan gaya harian selepas Raya. Koleksi ini tidak terhad kepada satu momen, tetapi direka untuk terus bergerak bersama anda dan dari satu destinasi ke destinasi seterusnya, dengan gaya yang konsisten dan yakin.
Koleksi The Horizon dalam kempen Rona Raya, Graceful Gaya bukan sekadar tentang aksesori. Ia tentang membawa bersama rasa pulang, nostalgia perjalanan dan kehangatan keluarga dalam setiap langkah. Tahun ini, sambil kita menyambut Hari Raya dengan hati yang penuh syukur, biarlah gaya kita turut mencerminkan ketenangan dan kesinambungan itu dengan sentuhan elegan, daripada Carlo Rino.
Baca: Rangkaian Penjagaan Kulit Baharu Carlo Rino: Crystal Care, Untuk Rahsia Kulit Berseri Tanpa Solekan









