Nama Arisa Soraya antara influencer wajib ada dalam guest list pelbagai acara fesyen dan kecantikan lewat dua tiga tahun kebelakangan ini. Sebagai orang media, saya sendiri akan bertemu Arisa dan The Hustle Puffs (Nina Ariff dan Tisya Ong) paling tidak sekali seminggu di pelbagai acara yang dihadirinya. Dan saya faham sangat, di sebalik gambar dan video yang mempamerkan keseronokan dan glamor itu, ada banyak perancangan, usaha dan seperti kata Arisa sendiri – overthinking yang tak semua orang tahu.
Melihat kembali masa lalu, apakah momen yang benar-benar membentuk siapa diri kamu hari ini?
Momen ketika saya berhenti untuk hidup atas expectation orang lain dan memilih untuk menuruti apa yang saya rasa terbaik untuk saya. That shift changed everything.
Apakah realiti sebenar yang orang tidak tahu di sebalik pelbagai foto dan kandungan yang influencer muat naik?
How much self‑doubt and pressure come with it. Orang nampak keyakinan tapi mereka takkan nampak sisi lain seperti overthinking, planning atau ada hari-hari yang kita sendiri rasa terlalu penat, completely drained.

Pada usia 20-an kita lazimnya akan melalui proses kematangan dan melalui banyak hal-hal yang tak menentu, orang kata uncertainty. Apa pelajaran yang ditimba setakat ini?
That it’s okay not to have everything figured out. Growth isn’t linear, dan mengambil berat tentang kesihatan mental diri sendiri adalah sama penting sebagaimana kita mahu merealisasikan impian kita.
Bila kamu berasa overwhelmed atau burnt out, bagaimana kamu reset, menjaga diri sendiri?
Saya akan bersendiri, saya akan unplug, bersenam dan melakukan semula rutin-rutin saya sebelum ini. Hal-hal biasa seperti long shower atau slow morning membantu untuk saya reset.
Bagaimana permulaan kamu sebagai influencer bermula? Secara kebetulan?
It was completely organic. Saya seperti orang lain, posting for fun, berkongsi apa yang saya pakai, momen-momen menarik, tanpa sedar ramai yang connected with it.
Apakah turning point yang membuatkan Arisa sedar ia boleh jadi satu karier?
Apabila beberapa jenama mula menghubungi saya, dan dari situ saya sedar saya boleh jadikan apa yang suka sebagai satu kerjaya tanpa perlu mengubah siapa diri saya yang sebenar.

Apakah cabaran terbesar menjadi influencer atau content creator hari ini?
Maintaining boundaries. Internet bergerak terlalu pantas, dan kita mudah ‘hilang’ diri sendiri jika tak berhati-hati.
Bagaimana kamu kekal auntentik dan dalam waktu yang sama berkolaborasi dengan jenama untuk kempen?
Saya hanya bersetuju dengan apa yang betul-betul saya pakai dalam kehidupan harian saya. Jika ia tidak seiring dengan diri, nilai diri atau my aesthetic, it’s a no.
Untuk lima tahun akan datang, di mana kamu lihat karier kamu berkembang?
I see myself expanding creatively, mungkin melancarkan jenama sendiri, more storytelling dan projek-projek yang membuka ruang untuk saya berekspresi, lebih dari sekadar visual.
Huraikan tiga ciri stail peribadi kamu?
Effortless, feminine and intentional.

Apakah peranan fesyen dalam kamu berekspresi siapa diri kamu?
It’s my language. Saya menggunakan apa yang pakai sebagai satu ekspresi mood, phases and parts of myself I can’t always put into words.
Siapakah pengaruh terbesar dalam hidup kamu terutama sekali dalam hal stail?
Inspirasi saya kebanyakannya datang dari ibu saya. A timeless elegance is always the aim. Apa yang saya pakai biasanya berdasarkan apa yang saya rasa dan energy yang saya mahu.
Sebagai seseorang yang berpengaruh, apakah impak yang kamu harapkan pada pengikut media sosial kamu?
Saya harap mereka terinspirasi untuk meraikan stail mereka sendiri, menjaga diri dan hidup dengan penuh yakin.
Apakah hari yang sempurna bagi kamu?
A slow morning, good coffee, a walk somewhere quiet, meluangkan masa bersama orang yang saya sayang dan akhir hari dengan menonton sesuatu yang cozy.
Jika kamu boleh berikan satu nasihat kepada diri kamu sewaktu remaja dulu, apakah nasihatnya?
Stop trying to rush your life. Everything you’re worried about will fall into place when it’s meant to.

Okey, akhir sekali, apakah life goals Arisa?
Membina kehidupan yang tenang, penuh erti dan berlaku jujur kepada diri saya sendiri- and a life where I’m creating, growing, dan dikelilingi dengan orang-orang dan pengalaman yang membawa kegembiraan yang sebenar. Saya mahu terus berkembang, but always in a way that feels aligned with my values and my peace.
