Talented girl! Selain kerjaya sebagai seorang penyanyi, Jisoo BLACKPINK turut mengembangkan landskap lakonan di layar kaca televisyen.
Dikenali sebagai visual dan vokalis dalam kumpulan K-pop sensasi dunia BLACKPINK, Jisoo membuktikan dirinya bukan sekadar idol, malah memiliki potensi besar sebagai pelakon.
Debut lakonan utamanya menerusi drama Snowdrop membuka ruang kepada Jisoo untuk membuktikan kebolehannya sebagai pelakon utama.
Sejak itu, bintang kelahiran Korea Selatan ini mula meneroka lebih banyak projek lakonan termasuk kemunculan dalam filem serta drama baharu yang dinanti-nantikan peminat.
Jom tonton 5 drama dan filem lakonan Jisoo BLACKPINK yang wajib tonton, khususnya buat peminat yang ingin melihat sisi berbeza bintang popular ini di layar kaca.
1. Dr. Cheon and Lost Talisman
Filem fantasi misteri ini mengikuti kisah Dr. Cheon, seorang “penghalau hantu palsu” yang sebenarnya tidak mempercayai kewujudan roh, namun menggunakan kemahiran psikologi untuk menyelesaikan kes berkaitan gangguan mistik.
Segalanya berubah apabila dia menerima kes seorang gadis yang dipercayai dirasuk roh jahat yang sangat kuat. Kes tersebut membawa Dr. Cheon ke dalam dunia kuasa gelap dan ritual mistik yang jauh lebih berbahaya daripada jangkaannya.
Dalam filem ini, Jisoo membuat kemunculan istimewa (cameo) sebagai watak misteri yang mempunyai kaitan dengan dunia spiritual. Walaupun kemunculannya singkat, ia tetap mencuri perhatian penonton.
2. Snowdrop
Drama romantik berlatarbelakangkan Korea Selatan pada tahun 1987 ini mengisahkan tentang Eun Young-ro, seorang pelajar universiti yang baik hati. Suatu hari, dia menemui seorang lelaki berlumuran darah di asrama wanita dan memutuskan untuk menyembunyikannya.
Lelaki tersebut sebenarnya adalah seorang ejen misteri yang terlibat dalam konflik politik berbahaya. Ketika hubungan mereka semakin rapat, rahsia identiti sebenar lelaki itu mula terbongkar dan meletakkan kedua-duanya dalam situasi yang sangat berisiko.
3. Omniscient Reader: The Prophecy
Filem fantasi aksi ini diadaptasi daripada novel web popular Omniscient Reader’s Viewpoint. Kisahnya mengikuti seorang lelaki biasa bernama Kim Dok-ja, satu-satunya pembaca novel web yang mengetahui keseluruhan jalan cerita dunia tersebut.
Suatu hari, dunia sebenar tiba-tiba berubah menjadi sama seperti dunia dalam novel yang dibacanya, penuh dengan cabaran survival, makhluk berbahaya dan sistem misi seperti permainan.
Kerana dia satu-satunya yang tahu apa yang akan berlaku seterusnya, Kim Dok-ja perlu menggunakan pengetahuannya untuk bertahan hidup dan menyelamatkan manusia lain.
4. Newtopia
Elemen romantik, komedi dan zombi dalam satu jalan cerita yang unik!
Ia mengisahkan tentang pasangan kekasih yang berpisah selepas hubungan mereka menghadapi masalah. Namun, ketika mereka cuba meneruskan hidup masing-masing, dunia tiba-tiba dilanda wabak zombi yang menyebabkan keadaan menjadi kacau-bilau.
Dalam usaha untuk bertahan hidup, kedua-duanya terpaksa merentas kota Seoul yang penuh dengan ancaman zombi sambil mencari satu sama lain semula.
5. Boyfriend on Demand
Drama romantik komedi ini membawa konsep moden tentang perhubungan dalam dunia digital. Sesuatu yang menyegarkan dan up-to-date!
Mengisahkan seorang wanita yang bekerja dalam industri teknologi dan terlalu sibuk sehingga tidak mempunyai masa untuk bercinta.
Suatu hari, dia menggunakan sebuah aplikasi futuristik yang membolehkan pengguna “menyewa” teman lelaki maya mengikut personaliti yang diinginkan. Namun, pengalaman tersebut mula mengubah cara dia melihat cinta dan hubungan sebenar.
Baca: Rosé Blackpink Raih Gelaran Wajah Tercantik Dunia 2025
