Acara paling berprestij dalam dunia perfileman, Academy Awards atau dikenali sebagai Oscar, kembali mencuri perhatian peminat apabila barisan bintang Hollywood berkumpul bagi meraikan karya terbaik tahun ini.
Berlangsung penuh glamor di Dolby Theatre, malam anugerah Oscar 2026 ini bukan sahaja menyaksikan kemenangan besar dalam pelbagai kategori, tetapi turut dipenuhi momen spontan yang mencuit hati, mengejutkan dan menjadi bualan ramai.
Walaupun ramai yang membuat ramalan tentang siapakah yang bakal membawa pulang trofi terbesar di 98th Academy Awards, EH! pula lebih tertarik memerhati sisi paling menyeronokkan dan tidak dijangka apabila sebuah dewan dipenuhi pelakon serta pembikin filem terkenal.
Di sebalik sorotan kamera dan pengumuman pemenang, banyak detik candid yang berlaku, daripada air kisses, gelak tawa, pelukan mesra hinggalah mini reunion antara selebriti yang jarang dilihat bersama.
EH! himpunkan beberapa momen lucu, menarik dan paling diingati sepanjang Oscar 2026 berlangsung.

1. Anne Hathaway & Anna Wintour hidupkan semula ‘The Devil Wears Prada’
Penonton di 98th Academy Awards dihiburkan dengan satu momen yang cukup ikonik apabila Anne Hathaway muncul di pentas bersama legenda fesyen Anna Wintour. Kemunculan mereka merupakan penghormatan kepada filem popular The Devil Wears Prada, yang kini bakal kembali dengan sekuelnya di pawagam pada 1 Mei.
Anna Wintour, yang sebelum ini menjadi inspirasi kepada watak editor fesyen garang lakonan Meryl Streep dalam filem tersebut, mencetuskan gelak tawa penonton apabila secara berseloroh memanggil Hathaway dengan nama “Emily”, sama seperti yang dilakukan oleh watak Miranda Priestly dalam filem asal.

2. Amy Madigan tak percaya dirinya menangi Pelakon Pembantu Wanita Terbaik
Veteran lakonan Amy Madigan mencuri perhatian malam Oscars 2026 apabila diumumkan sebagai pemenang Pelakon Pembantu Wanita Terbaik untuk lakonannya sebagai Aunt Gladys dalam filem seram Weapons. Kemenangannya mengejutkan ramai dan menjadi salah satu detik paling manis malam itu.
Madigan, yang pertama kali dicalonkan pada 1986, menyentuh hati penonton dengan ucapan penerimaannya yang penuh emosi dan humor: “Everyone in the press has been asking me, ‘It’s been 40 years, what’s different?’ What’s different is I’ve got this little gold guy!” Reaksi terkejut dan gembiranya jelas menular ke seluruh dewan, menjadikan detik ini antara momen candid paling ikonik di Oscar malam itu.

3. Kehadiran berlebihan Hos Oscar, Conan O’Brien
Conan O’Brien membuka malam Oscars 2026 dengan monolog yang santai dan beberapa jenaka yang mengundang senyuman, tetapi kehadirannya terasa terlalu dominan sepanjang majlis. Monolog pembukaan dan montage beliau hampir mencecah 20 minit, sementara segmen di antara kategori banyak bergantung pada stereotaip mudah dan punchline yang kurang mengesankan.

4. Persembahan ‘Golden’ terlalu lewat dan kurang hebat
Peminat terpaksa berjaga sehingga lewat malam untuk menyaksikan persembahan EJAE, Audrey Nuna dan Rei Ami menyanyikan lagu hit “Golden” daripada filem animasi Netflix yang kini memenangi Oscar, K-Pop Demon Hunters. Walaupun mereka muncul di pentas hampir jam 10 malam ET dengan kostum logam yang berkilau, versi lagu yang dipersembahkan agak dipendekkan.
Memandangkan kesan budaya lagu ini yang besar, persembahan tersebut terasa agak mengecewakan dan tidak sebanding dengan hype yang wujud sebelum ini.

5. Michael B. Jordan & Jessie Buckley raikan ibu dengan kemenangan Pelakon Terbaik
Michael B. Jordan mencuri tumpuan malam Oscars 2026 apabila menerima Pelakon Lelaki Terbaik untuk lakonannya dalam Sinners. Tidak seperti standing ovation biasa, penonton bersorak penuh semangat sebaik nama Jordan diumumkan. Dalam ucapan penerimaannya yang menyentuh hati, beliau mengucapkan terima kasih kepada Tuhan, ibunya (juga teman temujanji malam itu) serta bapanya yang terbang khas dari Ghana
Tidak lama kemudian, Jessie Buckley dinobatkan sebagai Pelakon Wanita Terbaik untuk filem Hamnet dan mendedikasikan kemenangannya kepada seorang istimewa di hatinya, seorang ibu.
Kedua-dua kemenangan ini menjadi salah satu momen paling manis dan ikonik malam itu, menonjolkan penghargaan kepada pengaruh ibu dalam hidup selebriti.

6. Kylie Jenner & Timothée Chalamet, our favourite couple!
Kylie Jenner sekali lagi menjadi teman Timothée Chalamet di Oscars 2026, menyusul penampilan mereka bersama pada tahun sebelumnya. Pasangan selebriti ini duduk rapat sepanjang majlis, tidak menyembunyikan kasih sayang antara satu sama lain, sambil bergambar bergenggaman tangan sebaik upacara bermula.
Jenner telah menemani Chalamet sepanjang musim anugerah 2026, termasuk Palm Springs Film Festival, Golden Globes 2026, Critics Choice Awards 2026 dan BAFTAs 2026.
