Nina Ariff, orangnya agak petit, berkulit hitam manis, berpersonaliti yang cukup menyenangkan. Dia bubbly, malah untuk penggambaran ini, saya menghubunginya dan dia menguruskan semuanya, menjadi perantara antara saya, Tisya dan Arisa. Biar tarikh penggambaran bertukar beberapa kali, Nina membuat semuanya berlangsung mudah.
Bulan Ramadan lalu, tular tentang kisah ayahnya yang setia melawat kubur ibu Nina setiap hari. Jadi saya tanyakan Nina, apa yang dia pelajari tentang cinta dengan melihat keakraban dan setianya cinta di antara ibu dan ayahnya. “Saya belajar tentang perhubungan, cinta, bonding. Hubungan mereka sudah setengah abad, nothingg perfect tapi saya melihat mereka sentiasa ada antara satu sama lain, always cherish and caring each other, remind each other akan cinta yang mereka ada untuk satu sama lain. And it’s amazing to witness kasih sayang mereka. Dan itu yang mahu saya berikan kepada my husband, not only that, juga kepada keluarga dan sahabat saya. I just appreciate love,” luah Nina.

Pada usia Nina sekarang, apa yang boleh dijelaskan tentang fasa kehidupan hari ini?
Saya kini di fasa penhujung 20-an yang bunyinya mungkin agak menakutkan. Tapi apa yang boleh saya katakan tentang kehidupan hari ini, I feel content, saya berpeluang melakukan apa yang saya impikan selama ini. I feel completely content and happy, itu yang boleh saya simpulkan tentang kehidupan hari ini.
Melihat kembali masa lalu, apakah momen yang benar-benar membentuk siapa diri Nina hari ini?
Kalai diimbas masa-masa lalu banyak sebenarnya momen penting yang membentuk siapa saya hari ini. Tapi jika ada satu particular moment I would say bila my mom meninggal dunia. Hidup saya berubah dalam banyak sudut, saya berasa lebih matang, masih belajar untuk hidup tanpa dia, dan masih lagi belajar untuk meneruskan kehidupan. Lagi satu selepas my graduation. Saya melalui dua kehidupan berbeza, meneruskan impian sebagai content creator dan juga menjadi seorang peguam. I love the version of myself hari ini.
Apakah realiti sebenar yang orang tidak tahu di sebalik pelbagai keindahan dan glamornya foto atau video yang dimuat naik di media sosial?
Orang mungkin tak nampak bagaimana sukarnya untuk saya berada di mana saya berada hari ini, walaupun hakikatnya banyak lagi yang perlu saya capai. Ia memerlukan kerja kuat dan juga consistency, ia bukan hanya soal glitz and glam semata. Saya masih berusaha untuk belajar banyak lagi, try be myself and try to be engaging dengan pengikut saya kerana saya mahu menjadi inspirasi kepada orang lain. Orang melihat yang indah-indah tapi orang mungkin tak tahu proses untuk saya berada di sini.

Pada usia 20-an kita lazimnya akan melalui proses kematangan dan melalui banyak hal-hal yang tak menentu, orang kata uncertainty. Apa pelajaran yang ditimba setakat ini?
Yes, pada usia ini adalah period untuk saya membesar, menuju kematangan, dan ya akan ada banyak uncertainty. Saya masih belajar tentang kehidupan, I feel so growing, cuba untuk menghadiahkan diri dengan kehidupan yang saya impikan. Saya belajar untuk tidak menyerah kalah, tidak give up untuk merealisasikan apa yang saya mahu.
Malah keluarga saya sendiri tak menyangkan yang saya akan mempu melakukan apa yang saya kerjakan hari ini. Mereka fikir saya akan menjadi peguam sahaja. Bila saya cuba masuk ke dalam industri (content creation) tak ada yang percaya saya boleh, hanya beberapa orang sahaja. Tapi saya tetap meneruskan impian saya. Kalau orang tanya, bunyinya mungkin agak klise, tapi usah putus asa, memang akan ada orang yang akan judge you, just keep going. Even bercerita untuk cover story ini sendiri adalah sesuatu yang saya tidak sangka, kerana inilah salah satu impian saya.
Bila berasa overwhelmed atau burnt out, bagaimana Nina reset, menjaga diri sendiri?
It’s kinda true, especially untuk saya yang masih cuba untuk mengimbangi kehidupan sebagai peguam dan content creator. Ia agak sukar tapi ia bukanlah sesuatu yang mustahil. Bagaimana saya reset ialah dengan ambil cuti dan berikan masa untuk diri sendiri. Saya akan ‘bercuti’ dari melihat atau rekod sebarang content mahupun editing. Rest! Jika ada extra savings saya akan pergi bercuti, cuba luangkan masa dengan keluarga atau kawan-kawan. Saya selalu ingatkan diri yang saya berhak untuk cuti dan rehat selepas saya meletakkan diri saya dengan kesibukan hal-hal kerja.
Bagaimana permulaan Nina sebagai influencer bermula? Secara kebetulan?
Okay this is fun story to talk about. Saya boleh katakan menjadi influencer atau content creator memang one of my dreams. I guess I plan it all tapi dalam masa yang sama saya tak terfikir pun if it’s gonna happen. I don’t know if you remember, ada satu program icarly, dan kerana program itu saya suka bercakap depan kamera, basically berangan, pretend that I have my own show. Bila masuk ke universiti, I did more videos, and I was discovered by a production company in Melaka. Saya diberi peluang untuk mengacara and I fell in love with hosting.
Saya juga pernah menyertai Dewi Remaja pada tahun 2019/2020, and I made it to Top 20. It was life changing and great experience. Dari situ saya mula dikenali dan diberi lebih peluang. Saya mahu terus grow more and more, mahu menjadi inspirasi kepada wanita di luar sana, even man out there.

Apakah turning point yang membuatkan Nina sedar ia boleh jadi satu karier?
Of course apabila I start earning through brand deal and campaign. Dan paling penting bila saya sedar how much passion that I have in producing content. Saya suka dengan apa yang saya lakukan, and I don’t feel ini seperti satu kerja. I just genuinely love what I do, and earn from it adalah satu kelebihan.
Apakah cabaran terbesar menjadi influencer atau content creator hari ini?
Cabaran terbesar ialah kita kena berhati-hati dengan apa yang orang lain mungkin fikir tentang diri kita. Akan selalu ada wajah baru, orang baru di dalam industri. Untuk membuat orang faham dengan content kita, untuk mereka berasakan ia sesuatu yang genuine and organic walaupun apa yang kita muat naik adalah kolaborasi dengan brand or campaign.
Bagaimana Nina kekal auntentik dan dalam waktu yang sama berkolaborasi dengan jenama untuk kempen?
Honestly, saya cuba untuk pick and choose brand that I work with. Biasanya saya akan bekerja dengan jenama yang saya belum pernah cuba atau jenama yang saya sendiri nak cuba or brand that I already love.
Untuk lima tahun akan datang, di mana Nina lihat karier Nina berkembang?
Hopefully turn to be someone bigger, lebih dikenali. Saya mahu engage dengan lebih ramai orang, kenal lebih ramai orang. Oh maybe tersenarai dalam EH!TOP20, ia sesuatu yang I dream of.. hahaha. Saya mahu menjadi seorang yang someone can look up to, sebagaimana saya membesar dengan melihat orang lain sebagai inspirasi. Saya mahu menjadi orang yang boleh katakan pada orang lain yang mereka boleh buat walaupun mereka rasa ia dalah sesuatu yang mustahil I hope i can be an inspiration to others. Insya-Allah.

Huraikan tiga ciri stail peribadi Nina?
My style really change mengikut situasi dan mungkin juga tema atau acara. At this moment saya suka Emily In Paris, jadi apa yang ‘Emily’ pakai akan menjadi inspirasi. Saya sukakan sesuatu yang bubly, fun, and I would say saya sukakan warna dan dalam masa yang sama masih suka hitam dan putih. I can be girly and edgy sometimes. I don’t know how to describe … haha.
Siapakah pengaruh terbesar dalam hidup Nina terutama sekali dalam hal stail?
Seperti saya katakan tadi, Emily in Paris adalah inspirasi ketika ini. Lily Collins memang inspirasi saya sejak dulu, malah my wedding dress also diinspirasikan dari gaun perkahwinannya. I love my wedding dress by Teh Firdaus. I think arwah my mom and my sister juga pengaruh utama dalam saya berfesyen. Saya membesar dengan melihat mereka. Basically merekalah inspirasi saya.
Sebagai seseorang yang berpengaruh, apakah impak yang Nina harapkan pada pengikut media sosial Nina?
Saya mahu mereka live on their dreams, never give up, dan terus mendengar gerak hati mereka. Lakukanlah apa yang mereka mahu regardless what people say. Fokus dan bekerja kuat kerana you don’t know where they can get you. Saya bersyukur di mana saya berada hari ini kerana kehidupan hari ini adalah sesuatu yang saya fikir I could only dream. Saya syukuri tiap peluang yang datang.

Apakah hari yang sempurna bagi Nina?
Saya baru saja pulang dari Anantara Desaru, it was the most beautiful weekend I had. Pemandangan yang indah, serene, despite being locally. Saya banyak luangkan masa dengan berbaring, rehat, and I don’t have to think about work and life, just be with my husband, tanpa perlu fikir whats going to happen tomorrow or what happened yesterday.
Jika boleh diberikan satu nasihat kepada diri Nina sewaktu remaja dulu, apakah nasihatnya?
To do exactly what I thought I still do. To always keep dreaming and be that girl that you always dream of.
Okey, akhir sekali, apakah life goals Nina?
My life goals seperti yang saya kata tadi, saya mahu menjadi seseorang yang boleh memberi inspirasi kepada orang lain, people that influence. Dalam masa yang sama saya mahu terus rapat dengan keluarga dan juga teman-teman yang setia bersama saya dari dulu. Saya bersyukur dengan kerjaya yang saya ada, dengan kehidupan yang saya miliki. I want to grow more so that I can achieve more.
