Pesonanya terserlah, dan renungan matanya itu cukup menawan. Gaun jingga Hugo Boss menyerlah cantik, dan biru air kolam yang menjadi latar menambah kontras gambar yang diabadikan. Jarang-jarang muncul, namun pabila hadir bikin semua terpesona.
Selektif Demi Kualiti
Berbicara soal kualiti lakonan, sukar untuk mempertikaikan bakat yang ada pada Maya. Tiap kali muncul, penonton tidak perlu mempersoalkan tentang kualiti yang bakal disajikannya. Maya kekal selektif, dan boleh dikatakan hanya sekali dalam setahun penonton bisa melihat kelibat aksinya di layar perak. Jelas Maya, dia agak cerewet dalam menerima sebarang tawaran, kelainan watak serta kualiti cerita dan skrip menjadi tunjang utama.
“Ada sesetengah orang bangga diberikan tawaran tujuh hingga 10 filem setahun, dan kerana populariti itu terus orang melabelkan mereka sebagai primadona, setahun dua selepas itu nama mereka lenyap hanya kerana kerja mereka tidak memberikan impak”.
Saya lebih rela berlakon 10 filem sahaja sepanjang penglibatan diri sebagai pelakon tetapi lapan darinya dikenang dan diingati oleh penonton,”.
10 Perkara tentang Maya Karin
Lebih banyak kisah tentang Maya Karin seperti pilihan beliau antara nyanyian dan pengacaraan, kisah di sebalik menjadi duta L’Oreal Paris dan tidak ketinggalan gambar-gambar menarik sepanjang sesi fotografi berlangsung. Dapatkan EH! Mei ini dipasaran sekarang!
- Nama penuhnya Maya Karin Roelcke.
- Dilahirkan di Bayreuth, Jerman pada 29 Oktober 1979.
- Maya adalah anak sulung daripada tiga beradik.
- Diangkat sebagai Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia menerusi lakonan hebatnya menerusi filem Anak Halal.
- Maya wajib menghirup secangkir kopi setiap hari untuk menjana tenaganya.
Ikuti 5 lagi sambungan perkara menarik tentang aktres jelita ini menerusi majalah EH! Mei ini.