Lagu ‘Aku Yang Tersakiti’ melonjakkan nama bekas peserta Indonesian Idol yang tewas di tangan Mike pada 2005 di Malaysia. Judika Nalon Abadi Sihotang menjadikan Michael Bolton dan Bon Jovi sebagai pengaruh terbesarnya dalam dunia nyanyian.
Judika yang sempat meluangkan masa bersama penulis Hafizan Mohd menceritakan perjalanan kariernya dalam meniti nama sebagai anak seni. Dia mula menyanyi pada usia sembilan tahun dan seterusnya menyanyi secara profesional di hotel sekitar Medan. Datuknya adalah orang yang banyak memberi galakan dan pendedahan kepadanya dalam bidang nyanyian.
Judika yang bakal melangsungkan perkahwinan bersama Duma Risis Silalahi pada tarikh lahirnya iaitu 31 Ogos, melahirkan rasa gembiranya kerana hubungan yang selama ini mendapat tentangan keluarga akhirnya direstui.