Gambar: eonline.com
Meski baru sehari melahirkan cahaya mata, Duchess of Cambridge tetap kelihatan menawan dalam persalinan polka-dot kala tampil membuat royal baby first appearance semalam di hospital St Mary. Kate Middleton dan Putera William memilih warna sedondon iaitu biru. Dress paras lutut Kate adalah ilham Jenny Packham dan dia mengenakan sepatu nude sling-back wedges. Seperti biasa Duchess of Cambrige tampil anggun dengan dandanan rambut beralun cantik dan solekan minimal. Putera William pula segak berkemeja biru garis halus yang dipadankan celana hitam.
Gambar: eonline.com
Beberapa dekad yang dulu, ketika kelahiran Putera William di hospital yang sama, Mendiang Puteri Diana juga mengenakan helaian polka-dot berona hijau. Seluruh media memperkatakan mengenai dua generasi ini dimana moment itu seakan-akan sama ketika William pertama kali di persembahkan di hadapan rakyat.
Gambar: usmagazine.com
Gambar: usmagazine.com
Gambar: usmagazine.com
Gambar: today.com
Bukan sahaja ketika membuat first appearance, malah stail Kate dikatakan saling tak tumpang dengan mendiang mertuanya.
Gambar: osezy.blogspot.com
Gambar: celebrities.ninemsn.com.au
Gambar: hrhduchesskate.blogspot.com
Kate Middleton bagaimanapun dilihat mengekalkan signature looks beliau dengan gaya yang elegan.