Pernah dicalonkan untuk Academy Awards dan Golden Globe, Brad Pitt adalah ‘living legend’, dikurniakan dengan rupa yang segak serta bakat yang hebat, kelasnya dalam industri lakonan sama tingginya haruman Chanel No. 5 di dalam industri kecantikan. Dan pemilihan Brad Pitt sebagai wajah sebuah haruman wanita yang ikonik adalah satu idea yang bijak.
Komersil Chanel No. 5 ini tampil dalam dua versi, dan disempurnakan oleh Joe Wright, yang juga pengarah yang menyempurnakan filem hebat seperti Pride and Prejudice, Atonement termasuklah dua iklan Chanel yang dibintangi Keira Knightley.
Komersial pertama menyaksikan Brad Pitt bercakap secara terus dengan kamera, dan paparan hitam putih. Komersial kedua menyaksikan penyatuan Brad Pitt dengan beberapa adegan dan paparan indah, paparan secara dekat ruang emper (penthouse) keindahan pemandangan dan muzium seni.
Joe Wright menyifatkan pengalaman menyiapkan iklan ini adalah sesuatu yang memorable. “Ia adalah pengalaman yang tak mungkin saya lupakan. Momen kesukaan saya ialah pabila wide shot bertukar semakin dekat, dan akhirnya wajah Brad memenuhi lensa. Dia adalah ciptaan yang cukup ‘cantik’ dan aktor yang bijak menutur baris ayat,” jelasnya.
Sam Taylor-Wood yang diundang untuk merakamkan gambar di sebalik tabir pula berkata pengalaman merakamkan seorang lelaki untuk haruman Chanel No. 5 adalah ‘pretty extraordinary’. “Chanel No. 5 antara haruman klasik yang anda kenali sepanjang hidup.”