Pengalaman yang dikumpul hampir tujuh tahun di London dalam bidang seni bina dibawa pulang sejak dua tahun lalu dalam berkongsi aspirasi dan ilmunya buat perkembangan seni bina tempatan.
PROFIL
Nama: Mustasha Musa
Lahir: 15 Mei 1982 / Kuala Lumpur
Pendidikan : Architectural Association, United Kingdom
Portfolio:
1) Costa Coffee, One Liverpool
2) Lincoln Innovation Centre
3) Kompleks Kerjaraya Dua, Kuala Lumpur
4) Exhibition Vénice Vénielle 2012
MINAT BERMULA
Sebetulnya minat terhadap bidang seni sudah wujud seawal usia saya 8 tahun. Awalnya bidang fesyen menjadi minat saya namun setelah melihat prospek bidang seni bina yang luas membuatkan saya begitu teruja mahu mendalami ilmu dalam bidang ini secara serius. Saya meneruskan minat ini ke peringkat tinggi dengan menyambung pelajaran di Architectural Association, London pada tahun 2006 selama lima tahun.
KERJAYA
Alhamdulillah setelah tamat belajar laluan saya untuk meneruskan cita-cita dalam bidang seni bina ini diteruskan bekerja di Marks Barfield Architect selama tiga tahun sebelum memutuskan untuk kembali ke Kuala Lumpur bersama GTP Architect selama dua tahun dan kini bersama Bandar Raya Development Berhad (BRDB) sejak 2011.
PENGALAMAN BEKERJA DI LONDON
Saya sifatkan ia sebagai a golden opportunity! Budaya kerjanya begitu berbeza dengan di sini kerana kerja di sana lebih relaks dan tidak terkejar-kejar. Tidak seperti di sini semuanya harus cepat dan tugas datang silih berganti bagai tak putus. Apa yang lebih menarik tiada jurang usia atau pangkat untuk seseorang itu mengepalai sesebuah projek. Sesiapa sahaja yang hadir dengan idea menarik akan mempunyai peluang yang sama rata.
INSPIRASI
Travel ! dengan mengembara ke tempat-tempat berbeza membolehkan saya melihat dan belajar banyak perkara. Setiap tempat menawarkan pengalaman berbeza dengan nilai budaya masyarakat yang cukup tersendiri sekali gus membuka mata saya untuk lebih menghargai kehidupan. Selain itu bahan bacaan menjadi elemen penting untuk saya dapat ilham serta inspirasi.
ELEMEN PENTING YANG DITITIK BERAT DALAM SETIAP KARYA ANDA?
Proportion! Ini penting kerana dengan propotion yang betul bangunan yang siap terzahir sepenuhnya dapat diguna pakai secara total. Dan bagi saya dengan proportion yang betul jugalah menjadi sebab mengapa kita dapat melihat sesebuah bangunan itu cantik atau sebaliknya. Saya juga melihat unsur alam sebagai rujukan penting dalam mengembangkan ilham setiap kali bekerja.
FALSAFAH ANDA?
If you do things right, it will be right! Apa yang penting adalah untuk memahami secara menyeluruh tentang rekaan dan bagaimana ia boleh relate dengan orang-orang yang akan menggunakan bangunan yang sudah siap itu nanti. Sebagai contoh jika diberi tugas mencari idea untuk mendirikan hospital sebagai arkitek penting untuk kami tahu bagaimana sentuhan yang diberi mampu diguna pakai secara total agar tidak hanya bersandar rekaan yang cantik atau moden semata.
PANDANGAN ANDA TENTANG SENI BINA TEMPATAN
Agak menyedihkan bagi saya kerana kita masih struggle dalam mencari identiti sendiri. Selain itu saya lihat pembangunan kita tidak begitu terancang dek kerana terlalu banyak fasa yang harus dilalui tanpa satu garis pandu yang jelas. Jadi di sini tidak ada satu kesinambungan antara satu sama lain. Satu lagi saya lihat budaya we build something and we demolish one thing sebagai satu yang tidak sihat dan mangsanya adalah alam sekitar tidak seperti negara maju lain seperti Stockholm atau Zurich.
IKON
Saya sukakan kehalusan drawing Lebbeus Woods dan sentuhan minimal pada setiap hasil kerja David Chipperfield. Selain itu saya juga mengagumi Zaha Hadid.
PERKARA TERBAIK MENJADI SEORANG ARKITEK?
To see what you doing is real! Di sini akan wujud kepuasan dalam bekerja. Selain itu yang yang lebih baik buat saya adalah setiap projek yang ditangani memberi ilmu serta pengalaman berbeza.