Inspirasi tegar
Gadis ini walau baru berusia 21 tahun, namun sudah tahu apa yang patut dan tidak dalam kehidupannya. Tegas pendiriannya, seteguh prinsipnya dalam bergaya sopan ke majlis santai mahupun keraian.
Jaket kulit off-white, MIMPI KITA
Seluar merah bergaris hitam, MIMPI KITA
Moleknya neon
Hijau epal terang mampu menarik perhatian dengan cara yang lebih classy dan mewah. Bella berani untuk tampil lebih berwarna-warni dari hari-hari biasanya.
Gaun paras lutut, DVF
Rantai dan gelang chunky, MIMPI KITA
Teman baik berfesyen
Outer-wear menjadi item wajib dalam koleksi pakaiannya. Tidak kira jaket mahupun kardigan, ia mudah digayakan dan memberi variasi dalam penampilan.
Jaket mustard, JASPAL
Kemeja bercorak, JASPAL
Seluar dwi rona, BYSI
Simbol cinta
Menang gaya dengan skirt labuh berlabuci sarat serta berperincian unik di pinggang dengan potongan ala puteri duyung. Jelas kejelitaan Bella ketika melangkah berpimpin kasih bersama cinta hati dengan busana ini.
Blaus hitam dan skirt labuh, MIMPI KITA
Anting-anting, DIVA
Solekan dan dandanan: Anna Cherie
Gambar: KK
Lokasi: Mimpi Kita, Jalan Telawi 2, Bangsar
Penata gaya, penyelaras dan teks: Izni Jalil
Arahan seni: Yanti Basharudin