Teks: Hafizan Mohd
Tahun baru datang lagi. Kita sibuk berbicara tentang azam yang tingginya bukan kepalang. Sibuk menjaja impian terbaik agar yang mendengar terasa kagumnya. Namun usahanya setimpalkah impian yang dicipta? Usah hangat-hangat tahi ayam lagi. Mulakan tahun baru ini dengan kalam yang penuh citra keazaman menjadi insan yang terbaik. Ikut pandu tip EH! bulan ini.
1. Cara terbaik untuk anda perbaiki diri adalah belajar dari kesilapan dan yang paling penting belajar bagaimana untuk tidak melakukan kesilapan yang sama. Sebagai contoh jika anda seorang yang boros, belajar berjimat dengan cara ingat kembali bagaimana perasaan susahnya bila tengah bulan akibat terlalu asyik berbelanja semasa mendapat gaji.
2. Sudah-sudahlah menjaga tepi kain orang! Anda berasa puas bercakap tentang orang? Come on girls! High minded people never do this.Jika anda rasa anda punya kelas tersendiri dan masih bercakap tentang orang lain, lupakan kerana anda sama sahaja dengan yang lain. Dan jika masih ada yang ingin menjadikan anda bahan joke of the day mereka, ingat pesan Fannie Flagg ini “Remember if people talk behind your back, it only means you are two steps ahead.”
3. Dalam kerjaya anda harus terus fokus. Jangan persoalkan apa yang bos atau syrikat tempat anda bekerja berikan kepada anda. Apa yang penting adalah apa yang anda sumbangkan buat organisasi anda bertugas. Percayalah kerja yang dilakukan atas dasar minat, kesungguhan dan ikhlas akan mendapat perhatian kelak jika bukan di tempat anda bekerja sekarang pasti aka nada tempat lain yang tepat buat anda.
4. Sikap menunjuk-nunjuk akan kemewahan seakan menjadi ikutan ramai. Maklumlah dengan kecanggihan teknologi dan pelbagai aplikasi bergambar membolehkan ramai daripada kita berkongsi secara terbuka tentang apa yang dipakai, beli dengan tujuan menunjuk kemewahan. Apa kata 2013 ini kita jadi lebih reserve, tenang dan sudah-sudahlah dengan tabiat menunjuk yang tidakkan ke mana itu malah menjadi buah mulut orang sahaja.
5. Cakap besar? That’s lame! Anda tidak akan dihormati jika sibuk membangga diri dan yang pasti akan membuat anda dibenci. Cara terbaik adalah sentiasa merendah diri dan lihat kembali segala apa yang anda miliki adalah pinjaman semata.
6. Jangan sekadar berazam. Ini masanya untuk anda buktikan apa yang anda impikan mampu menjadi kenyataan. Kuncinya mudah disiplin, keazaman yang tinggi dan tidak kalah dengan cubaan. Ingat jika anda rasa susah untuk mencapai apa yang anda miliki, lihat kembali apa yang sudah dicapai agar dapat menjadi motivasi supaya anda tidak berputus asa. Seperkara lagi harus diingat jika satu impian yang anda harapkan terlepas, ada sepuluh orang lagi yang mengimpikan apa yang anda miliki hari ini.