OPI melancarkan lapan warna terhad yang dipilih sendiri oleh pemenang anugerah Grammy iaitu Mariah Carey. Warna-warna tersebut termasuk empat warna dari koleksi terbarunya iaitu OPI Liquid Sand. “OPI sememangnya teruja untuk berkerjasama dengan Mariah, dia mempunyai keghairahan dalm dunia kecantikan terutama sekali pada pewarna kuku,” kata Eksekutif VP & Pengarah Artistik OPI, Suzi Weiss.