Generasi masa kini sememangnya tidak boleh berenggang dengan internet. Lagi pula dengan adanya telefon pintar dan tablet yang membolehkan kita online di mana sahaja. Dan tidak boleh dinafikan ia menjadi medium kepada kita untuk mendapat informasi terkini dari seluruh dunia. Berita baik kepada semua peminat jenama fesyen Coach, anda kini akan menjadi lebih dekat lagi dengan jenama tersebut dengan pelancaran laman sesawang Coach.com Malaysia.
Bakal dilancarkan pada 8 Februari 2013, Coach.com Malaysia menyasarkan golongan yang celik fesyen dan mengikut trend sebagai pengunjung tetap laman sesawang itu. Mereka bakal memaparkan koleksi terbaru, ulasan tentang produk serta produk mesti ada dalam himpunan terkini mereka. Terkenal dengan rangkaian Legacy mereka serta kualiti kulit dan buatannya, Coach mengharapkan dengan adanya laman sesawang ini, jenama tersebut akan menjadi lebih dekat dengan peminatnya.
Turut menghiasi laman sesawang mereka adalah gambar-gambar selebriti yang dijumpai menyandang koleksi peribadi Coach mereka. Bolehlah anda mendapatkan inspirasi bagaimana artis kesayangan anda menggayakan beg Coach mereka di laman ini.
SENI KREATIF KAPOK KINI DI MALAYSIA >>
APA RESOLUSI GAYA ANDA TAHUN INI? >>