Ramai wanita di luar sana yang gemar mengenakan gaun kerana berpendapat ia akan memberikan gaya feminin dan menyerlahkan lagi kewanitaan mereka. Boleh dikatakan semua jenis gaun dimilikinya. Namun ada antara mereka yang kurang gemar dengan gaun. EH! sarankan anda memiliki sekurang-kurangnya sepasang gaun wajib ada kerana mungkin satu hari nanti anda mungkin memerlukannya.
Little Black Dress
Gambar: TPGNEWS
Gaun ini merupakan gaun paling versatil untuk anda. Kalau digayakan dengan betul, ia boleh dipakai ke pejabat, ke majlis makan malam, majlis koktel mahupun upacara kasual. Padankan dengan kasut tumit tinggi dan rantai mutiara untuk ke majlis makan malam, atau sarungkan kardigan dan sandal untuk kelihatan lebih santai. Tambahan pula, warna hitam dapat menyerlahkan lagi figura anda tidak kira apa jua bentuk badan yang anda miliki.
Gaun Percutian
Gambar: TPGNEWS
Bagi yang tidak biasa bergaun, mungkin pilihan yang terbaik untuk membuatkan anda mula berjinak-jinak dengan helaian ini adalah gaun percutian. Keselesaan gaun percutian bakal membuat anda jatuh cinta dengannya. Corak dan warna gaun percutian yang meriah dapat menceriakan lagi gaya anda.
Untuk tip menggayakan gaun dengan lebih bergaya dan lima gaun mesti ada, dapatkan EH! keluaran Februari segera! Rahsianya ada di halaman 79.
GAYA ROMATIK DI HARI KEKASIH >>