Kenapalah hari kekasih jatuh pada tengah bulan? Niat hati memang ingin melayan si dia dengan fine dining dan hadiah-hadiah yang mewah. Malangnya, gaji pun sudah tinggal separuh. Jangan bimbang, kerana kadangkala temu janji yang sangat minimum lebih menyeronokkan pasangan anda. Idea di bawah ini mungkin menarik perhatian anda untuk mencubanya.
Kerja Amal
Daftarlah untuk menjadi sukarelawan bersama dengan pasangan. Contohnya untuk soup kitchen. Anda akan bekerjasama untuk memberikan makanan kepada mereka yang tidak berumah di sekitar Kuala Lumpur. Aktiviti ini bukan sahaja boleh membuatkan anda berdua merasa lebih bersyukur tetapi turut menambahkan rasa cinta anda terhadap pasangan yang menunjukkan kasih dan sayang serta keikhlasan kepada yang memerlukan. Lebih bermakna sekiranya aktiviti ini dijadikan kemestian anda berdua setiap minggu.
‘KEEP A CHILD ALIVE’ USAHA TERBARU ALICIA KEYS >>
Funfair
Anda mungkin merasakan idea ini agak kebudak-budakan. Tapi sifat kebudak-budakan itulah yang membuatkan si dia semakin sayang. Anda hanya perlu membayar tiket yang murah untuk bermain permainan yang tersedia dan menikmati makanan jalanan bersama si buah hati. Comel sungguh anda dan pasangan menaiki merry-go-round dan berpegangan tangan sambil menikmati cahaya lampu yang bergemerlapan.
PENJIMATAN MAKSIMUM UNTUK ANDA >>
Berkelah
Masak di rumah atau buat sahaja sandwic ringkas dan terus ke padang yang berdekatan bersama kekasih. Duduk makan bersama sambil melihat gelagat orang ramai atau isi masa dengan bermain layang-layang dan Frisbee. Akhiri temu janji dengan menyaksikan matahari terbenam bersama-sama. Wah, romantiknya.
HARUMAN ROMANTIS KETIKA TEMUJANJI>>
Lebih banyak lagi idea temu janji jimat di muka surat 150, EH! keluaran Februari. Jangan lupa untuk dapatkannya.