Mungkin bagi sesetengah selebriti tanah air, populariti bisa menggugat prestasi lakonan mahupun nyanyian namun tidak bagi pendatang baru seni lakonan, Fathia Latiff! Apakah sebabnya? EH! tidak melepaskan peluang ‘menangkap’ si gadis jelita ini untuk dimuatkan sebagai gadis cover bulan ini dan selami jawapannya.
Gadis yang dimaksudkan tidak lain, tidak bukan, iaitu Fathia Latiff. Mula dikenali selepas muncul dalam iklan Sunsilk sebagai gadis bertudung yang lasak, kini wajahnya semakin banyak menjengah dalam beberapa iklan ternama lain. Paling terkini, wajah Fathia muncul dalam drama tempatan pula!
Namun, baginya populariti bukan segalanya. Katanya kerjaya sebagai seorang pelakon hanya dilakukan secara part time. Perhatian utama tetap pada pelajaran.
"Kehidupan selebriti bagaikan roda, tidak selamanya kita akan di atas. Hari ini mungkin orang suka tengok kita, esok lusa bila ada yang baru kita mungkin akan dilupakan. Jadi saya perlu buat persiapan. Sebab itu tumpuan utama saya masih kepada pelajaran. Andai kata satu hari nanti orang dah jemu saya ada back up. At least I have qualification. Dan memang saya bercita-cita mahu jadi peguam satu hari nanti," jelasnya yang kini mengikuti Sarjana Muda Undang-undang di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam.
Ketika ditanya apakah kerjaya membabitkan guaman menjadi impian utamanya, Fathia mengangguk. “I want to have my own law firm dan itu cita-cita saya. Tiada yang lain.” Tambahnya, jurusan yang dipilih itu sedikit sebanyak turut dipengaruhi latar belakang keluarganya.
Menyentuh hal gaya, jelas Fathia dia lebih gemarkan simplicity in styling. Tidak sukakan aksesori sarat, Fathia lebih selesa mengikat skarf di kepala sebagai aksesori kegemaran. Akuinya, dia juga tidak memilih dalam hal jenama.
"Tentang jenama pula saya tidak kisah, asalkan cantik. Misalnya flea market di The Curve, di sana banyak yang cantik-cantik. Kalau jenama mewah saya sukakan Chanel. Gayanya klasik dan bertahan lama. Berbanding kasut, saya lebih sukakan beg."
Namun apakah penglibatannya dalam bidang seni menjadikan dirinya lebih istimewa hingga mendapat layanan berbeza oleh rakan-rakan dan pensyarah di universitinya? Dan adakah Fathia berasa malu melihat kembali lakonannya di kaca televisyen? Dapatkan naskhah EH! bulan ini untuk mengetahui lebih lanjut mengenai gadis jelita ini, sekarang!
Tontonilah klip video keadaan belakang tabir ketika sesi penggambaran Fathia Latiff yang muncul sebagai gadis cover EH! bulan April di bawah.