Anugerah Grammy merupakan salah satu pengiktirafan yang terbesar bagi penggiat industri muzik dunia. Selalunya, bukan sahaja persembahan pada malam tersebut yang dinanti-nantikan, tetapi pakaian yang dikenakan oleh jemputan pada malam itu, turut menjadi highlight utama. Jika sebelum ini, ramai yang berjalan dengan yakin sambil mendedahkan hampir keseluruhan bahagian badan mereka di majlis karpet merah Anugerah Grammy. Bukan itu sahaja, Anugerah Grammy turut dimeriahkan dengan fesyen-fesyen pelik yang dikenakan untuk mendapatkan lebih perhatian.
Namun, bagi kami, upacara karpet merah anugerah Grammy tahun ini agak membosankan kerana tiada seorang pun yang berpakaian pelik seperti sebelum ini. Adakah ini disebabkan oleh etika berpakaian yang telah dihantar oleh pihak penerbitan, iaitu CBS yang bertujuan untuk para jemputan berpakaian lebih sopan dan tidak ‘out-of-place’?
Oleh kerana tahun ini tiada yang pelik dan menggelikan hati untuk kami paparkan, apa kata kami persembahkan sahaja di antara pakaian paling ‘epik’ sepanjang Anugerah Grammy.
TIRU GAYA ANGGUN BLAKE LIVELY >>
SIAPA KATA PAKAI SELUAR HAREM NAMPAK PELIK? >>
Lady Gaga bukan sahaja terkenal dengan gimik dan persembahan yang bertenaga, namun cara pemakaiannya yang pelik turut menjadi perhatian ramai. Siapa yang boleh melupakan Lady Gaga yang tiba di majlis karpet merah Anugerah Grammy di dalam telur? Katanya ia merupakan pengenalan untuk persembahannya pada malam tersebut.
Gambar: TPGNEWS
ANGGUN DENGAN GAUN MESTI ADA >>
Tahun lepas Nicki Minaj ke Anugerah Grammy untuk menghiburkan peminat bukan sahaja di atas pentas tetapi di atas karpet merah. Menyarung Versace dan menggunakan ‘Pope’ sebagai prop di karpet merah, Lady Gaga sememangnya patut merasa tergugat dengan kepelikan Minaj.
Gambar: grammy.com
REVOLUSI GAYA ELAKKAN ANDA KELIHATAN PELIK >>
Cee Lo Green mungkin berada di dalam keadaan separa sedar ketika memilih pakaian ketika persembahannya di Anugerah Grammy yang ke-53. Dia memakai pakaian ayam berwarna-warni dan berperisai ketika persembahannya. Mungkin dia fikir Anugerah Grammy adalah lebih kurang sama dengan parti kostum setelah melihat penampilan Lady Gaga dan Nicki Minaj di Anugerah Grammy sebelum ini.