Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi? Anak kepada Sophie Hicks yang juga pengarang fesyen Tatler dan Vouge UK serta cucu kepada model terkenal era 50-an, Joan Hicks, Edie Campbell sememangnya mempunyai darah fesyen mengalir di dalam badannya. Sudah biasa memperagakan Burberry, Marc Jacobs, Cacharel dan banyak lagi nama-nama besar dalam industri fesyen, Campbell juga merupakan salah seorang model kegemaran Karl Lagerfeld. Anda juga mampu bergaya seperti model ternama dengan menjadikan Campbell sebagai inspirasi fesyen anda!
INSPIRASI GAYA TERBAIK: BLAKE LIVELY >>
JAMU MATA DENGAN GAYA PELIK DI GRAMMY >>
Ke Pejabat Ala Edie Campbell
Hari-hari ke pejabat menyarungkan seluar dan kemeja pun bosan juga! Apa kata anda cuba mengenakan gaun atas lutut dan padankannya dengan stokin hitam bercorak ringkas. Lengkapkan gaya anda dengan klac menarik dan ikat ciut rambut anda dengan kemas. Stail ini boleh memberikan gaya profesional kepada anda.
GAUN YANG MESTI ADA DALAM ALMARI ANDA >>
Kontras Gaya Edie Campbell
Skirt ‘swing’ dan ‘skater’ sememangnya di antara yang paling fleksibel. Ia boleh dipakai ke mana-mana sekiranya digayakan dengan betul. Untuk tampak lebih celik trend, padankannya dengan baju kulit dan jaket baldu besar. Sarungkan kasut tinggi tapak tebal untuk keselesaan dan pilih warna yang terang untuk menampakkan kontras pada gaya anda.
BAGAIMANA COACH BOLEH JADI RAPAT DENGAN PEMBELI?
Ringkas ke Majlis Rasmi
Rasanya ‘color blocking’ sudah terlalu mainstream. Cubalah padanan warna-warna pastel atau earth color untuk tampak lembut dan manja. Gaun maksi sememangnya pilihan yang sesuai untuk acara makan malam atau majlis rasmi. Oleh kerana gaya ini tidak melibatkan sebarang aksesori, tampil lebih bergaya dengan melepaskan rambut anda atau keritingkan bahagian bawah untuk menampakkan kelebatan rambut.
*Untuk lebih inspirasi gaya Edie Campbell, selak sahaja ke halaman 82 EH! keluaran Februari.