Bagi sesetengah orang, hubungan jarak jauh sudah cukup menduga inikan pula perkahwinan jarak jauh. Tetapi oleh kerana sebab-sebab yang tidak boleh dielakkan, sesetengah pasangan terpaksa untuk memilih cara hidup sebegini walaupun ia menyeksakan. Walaubagaimanapun, ada di antara pasangan di luar sana yang lebih suka tinggal berasingan kerana ia dikatakan mampu mempertahankan perkahwinan. Sejauh mana kebenaran kenyataan itu?
Anda Memerlukan Ruang
Anda mungkin bersetuju yang semua orang memerlukan ruang walaupun sudah berkahwin. Sekiranya anda menonton filem ‘Sex & The City 2’, anda boleh menyaksikan bagaimana Carrie menggusarkan suaminya, Big, dengan kelakuannya yang agak mengongkong. Jangan terkejut kerana ini semua berlaku di dalam kehidupan sebenar. Anda sebagai isteri mungkin geram dengan perangai pengotor suami manakala si suami tertekan dengan isteri yang kuat membebel. Sekiranya anda tinggal berjauhan, rasa rindu itu akan menambahkan rasa sayang di antara anda berdua dan segala kelemahan pasangan kurang dilihat atau dipandang dengan sebelah mata sahaja. Ini boleh mengukuhkan lagi perkahwinan anda dan mengelakkan lebih banyak pertelagahan.
BAGAIMANA KAMAR TIDUR MAMPU PERBAIKI KEHIDUPAN SEKSUAL >>
Tinggal Berdua Tetapi Tidak Bersama
Apa perbezaannya sekiranya tinggal sebumbung, tetapi perkahwinan anda hambar? Anda dan pasangan tidak banyak berkomunikasi, kadangkala bekerja sehingga 7 hari seminggu dan anda lebih banyak menghabiskan waktu di pejabat daripada di rumah. Sekiranya anda tinggal berjauhan dengan si dia, waktu terluang dikhaskan untuk si dia dan kerana jarang bertemu, anda lebih menghargainya ketika dia berada di samping anda.
TEKNIK CIUMAN KASIH SAYANG MESTI CUBA >>
Cara Untuk Mengimarahkan Perkahwinan Jarak Jauh
Guna Cara yang Lama
Sememangnya kita sudah maju dengan teknologi moden yang membolehkan kita berhubung dengan pantas dan mudah. Skype, Facetime mahupun laman-laman sesawang sosial memudahkan komunikasi di antara kita. Tetapi untuk sesuatu yang baru, apa kata kita bawa semula cara orang-orang lama bercinta. Anda dan suami boleh berutus surat atau kad-kad istimewa dan jangan lupa untuk mencetak gambar anda dan poskan sekali kepadanya. Keikhlasan luahan hati anda akan lebih terpancar dengan tulisan tangan berserta kucupan yang disampaikan melalui gincu berona merah di atas surat tersebut.
ADAKAH SAIZ PENTING UNTUK KEPUASAN WANITA? >>
Komunikasi Berkesan
Berapa kali anda berbicara dengan si dia dalam sehari tidak menjamin keberkesanan komunikasi anda berdua. Letak telefon sekiranya anda berdua sudah tidak ada apa-apa yang mahu diperkatakan lagi atau mungkin pertelagahan akan timbul. Mungkin lebih bermakna sekiranya anda menghantarkan mesej pendek tetapi romantik dan menghadkan panggilan telefon anda berdua.
KENALI MASALAH SEKSUAL WANITA >>
Pilih Tempat Bertemu
Kadangkala anda penat untuk memandu selama tiga hingga ke empat jam dan ia akan mengambil masa hujung minggu anda berdua. Jadi, pilihlah destinasi di antara tempat tinggal anda dan si dia sebagai tempat bertemu. Contohnya, sekiranya anda tinggal di Kuala Lumpur dan pasangan berada di Johor Bharu, mungkin anda boleh menjadikan Melaka sebagai tempat anda berjumpa. Ini menampakkan usaha anda berdua daripada hanya seorang sahaja yang menunjukkan kesungguhan.
Buat Kejutan
Sekali-sekala apa kata anda pulang ke rumah pasangan tanpa memberitahunya. Pilih muzik jazz yang romantik dan sediakan menu kegemarannya untuk anda berdua menikmati temujanji yang lebih intim dan privasi. Kejutan seperti ini boleh mengubat rasa rindu dan menguatkan rasa sayang.