Setiap kali pada majlis-majlis anugerah, pemenang akan diberi peluang untuk memberikan ucapan penghargaan sebagai tanda terima kasih kepada yang menolong mereka mencapai kejayaan. Memang pening untuk mengingati semua nama-nama penting dalam masa yang singkat di atas pentas tetapi perlu diingat keluarga dan pasangan suami atau isteri adalah orang yang wajib disebut terutamanya jika anugerah yang dimenangi itu adalah Oscar. Kenapa ya?
ANUGERAH GRAMMY BOSAN TANPA FESYEN PELIK >>
Anugerah Academy mempunyai satu sumpahan digelar ‘Oscar Curse’ yang bakal menghantui mereka yang terlupa untuk mengucapkan terima kasih kepada pasangan mereka di dalam ucapan penghargaan. Dikatakan perkahwinan selebriti yang gagal menyebut nama suami atau isteri di atas pentas Oscar akan berakhir dengan perceraian.
BUNOHAN TERSENARAI DALAM PENCALONAN OSCAR >>
Menurut kajian, 63 peratus daripada pemenang wanita mempunyai hayat perkahwinan yang pendek berbanding mereka yang tidak memenangi Oscar. Berikut adalah di antara mereka yang dikatakan terkena sumpahan Oscar kerana tidak berterima kasih kepada pasangan masing-masing.
Hilary Swank
Pelakon berbakat ini memenangi Oscar pada tahun 2000 untuk wataknya di dalam filem “Boys Dont Cry” dan terlupa untuk berterima kasih kepada suaminya pada ketika itu iaitu Chad Lowe. Mereka bercerai pada tahun 2006.
SHILA DAN DATO’ SITI TERCALON DI WORLD MUSIC AWARDS >>
Sean Penn
Bekas suami Madonna ini menerima anugerah pelakon terbaik Oscar pada tahun 2008 untuk filem “Milk”. Dia sempat berterima kasih kepada semua orang yang kurang penting dalam hidupnya tetapi bukan isterinya Robin Wright. Mereka berdua bercerai pada tahun 2010.
YUNA & JACLYN TERIMA PENCALONAN AIM TERBANYAK >>
Sandra Bullock
Pelakon dan penerbit ini memenangi Oscar pada tahun 2010 untuk wataknya di dalam filem “The Blind Side”. Bullock dikatakan ada berterima kasih kepada suaminya, Jesse James secara tidak langsung di atas pentas walaupun tidak menyebut nama. Tetapi jodoh mereka tidak panjang kerana perkahwinan mereka bergoncang pada tahun yang sama Bullock menerima anugerah tersebut.
Tahniah diucapkan kepada Anne Hathaway kerana memenangi Oscar pada tahun ini untuk wataknya di dalam filem “Les Miserable”. Tetapi dia juga terlupa untuk menyebut nama suaminya, Adam Shulman di dalam ucapan penghargaannya! Alamak, adakah perkahwinan Hathaway dan Shulman bakal terkena sumpahan Oscar? Sama-samalah kita tunggu, okey?
Sumber: Huffington Post