Anda peminat drama bersiri Suits? Sekiranya ya, anda pasti kenal dengan pelakon yang membawa watak Mike Ross di dalam siri tersebut. Betul tu, kami sedang bercakap mengenai Patrick J Adams. Suits didefinisikan Patrick sebagai drama yang mengisahkan karakter individu dan tidaklah terlalu tertumpu kepada undang-undang seperti drama popular, Law and Order dan sekali anda menonton, anda pasti jatuh cinta dengan kekuatan watak di dalamnya.
Walaupun kumpulan peminat Harvey Specter iaitu watak utama di dalam Suits, lebih ramai daripada Mike Ross, namun karakter Mike sendiri banyak membantu dan memberi impak kepada penonton. EH! sangat bertuah kerana berpeluang untuk bertemu dengan Patrick J Adams yang singgah ke Malaysia untuk mempromosikan drama bersirinya yang sedang hangat itu.
CHANNING TATUM PERNAH MENARI BERSAMA RICKY MARTIN? >>
Apakah stail peribadi anda?
Saya adalah lelaki yang paling tidak bijak bergaya yang pernah anda jumpa. Sedangkan anda berpakaian lebih cantik daripada saya. Saya seorang yang hanya mengenakan seluar jean dan t-shirt sahaja. Untuk rambut, saya hanya memerlukan dua belas saat untuk mendandannya. I will just mess it up. Ringkas sahaja.
Apakah siri kegemaran anda?
Saya sukakan Game of Thrones. Ia merupakan di antara rancangan tv terbaik bagi saya. Sekiranya diberi peluang, saya mahu berlakon di dalamnya. Selain daripada itu, saya sukakan drama terbaru, House of Cards, Girls dan Pretty Little Liars.
5 YANG MENARIK MENGENAI JOSH GROBAN >>
Selain berlakon, apakah lagi bakat anda yang terpendam?
Saya seorang yang sangat suka mengambil gambar. Saya juga seorang jurugambar sebenarnya. Buat masa sekarang saya pergi ke kelas poi ataupun tarian api ketika waktu lapang. Saya boleh bermain gitar tetapi tidak begitu hebat dalam nyanyian. Sekadar menyanyi seorang diri dan merasa seronok dengan nyanyian sendiri sudah memadai bagi saya. Saya juga mempunyai ingatan yang baik. Saya boleh menghafal skrip dengan cepat tetapi agak sukar bagi saya untuk mengingati nama dan wajah seseorang.
Sekiranya anda memerlukan peguam di dalam kehidupan sebenar, siapa yang anda pilih? Mike Ross atau Harvey Specter?
Semestinya Harvey! Perwatakannya yang begitu mementingkan kemenangan membuatkannya akan pergi jauh dan bertindak di luar dugaan hanya untuk memenangi sesuatu kes. Mike adalah seorang yang lebih mempunyai belas kasihan dan seorang yang lebih seronok diajak keluar.
TIRU GAYA VERSATIL BLAKE LIVELY >>
Di dalam Suits, Mike Ross tidak mempunyai kelayakan akademik untuk menjadi seorang peguam, tetapi dia berkemampuan untuk berjaya di dalam kerjayanya. Secara peribadi, adakah anda rasa pelajaran itu penting?
Banyak orang yang tidak berpelajaran tinggi tetapi mampu untuk pergi jauh, mampu untuk berjaya di dalam hidup. Saya tidak kata yang menyambung pelajaran itu adalah sesuatu yang buruk, tetapi di sekolah, anda tidak belajar untuk berjaya di dalam kehidupan. Ramai di antara mereka yang tidak berpelajaran tinggi tetapi mampu melakukan sesuatu yang menakjubkan, contohnya, Steve Jobs. Menjadi street smart turut boleh mendorong seseorang berjaya dalam hidup.
Di dalam Suits banyak memaparkan perhubungan cinta dengan rakan sekerja. Adakah anda bersetuju dengan hal ini?
Oh saya setuju dengan apa-apa perhubungan! Saya seorang pelakon dan saya dapat saksikan ia banyak berlaku. Sekiranya anda ingin bercinta dengan rakan sekerja, anda perlu berhati-hati dan bijak. Anda juga perlu serius mengenainya atau ia akan menimbulkan masalah.
ASHTON KUTCHER MASUK HOSPITAL KERANA STEVE JOBS? >>
Dalam kesemua pelakon di dalam siri Suits, siapa yang paling anda kagumi?
Rick Hoffman sudah semestinya! Dia seorang pelakon yang hebat. Anda tahu bagaimana watak Luis Litt bukan? Sungguh menduga sekiranya anda membawa watak yang tidak disukai orang. Saya kasihan melihat reaksi peminat Suits yang sering menulis sesuatu yang sangat teruk kepadanya. Dia akan baca semuanya dan gelak sahaja dan mengatakan ia bagus walaupun sebenarnya komen-komen mereka sangat teruk.
*Saksikan siri Suits setiap hari Isnin jam 8 malam di DIVA Universal.