Setelah isteri disahkan mengandung, terutama sekali hamil anak pertama sudah tentu pasangan akan berasa sangat bahagia. Tetapi di dalam keseronokan menanti kehadiran buah cinta mereka, pasangan suami isteri dibelit rasa takut untuk berhubungan seks. Mereka bimbang sekiranya melakukan persetubuhan, ia akan menjejaskan kandungan. Sebenarnya, seks ketika hamil adalah sangat digalakkan kerana ia mempunyai pelbagai kebaikan kepada ibu, bapa dan juga bayi di dalam kandungan.
1.Sememangnya biasa bagi ibu mengandung mengalami kekejangan serta sakit kepala yang melampau. Puncak nikmat atau klimaks ketika melakukan hubungan seks sebenarnya boleh membantu mengurangkan rasa sakit tersebut.
ADAKAH SAIZ PENTING UNTUK KEPUASAN WANITA? >>
2.Hormon yang berubah secara drastik membuatkan emosi wanita hamil tidak stabil. Hubungan seks bersama suami mampu menyelesaikan masalah ini sekaligus memperbaiki kesihatan mental isteri.
BAGAIMANA BILIK TIDUR PERBAIKI KEHIDUPAN SEKSUAL ANDA? >>
3.Kajian menunjukkan hubungan seks kala hamil dapat menambahkan bekalan darah ke bahagian rahim dan faraj. Dan ini baik untuk anak di dalam kandungan.
CARA JADI SEKSI TANPA MENDEDAHKAN ASET ANDA >>
4.Sekiranya pasangan melakukan hubungan seks berhampiran tarikh bersalin, ia boleh melembutkan serviks dan membantu memudahkan proses kelahiran.
TEKNIK CIUMAN KASIH SAYANG MESTI CUBA >>
5.Hubungan seks ketika mengandung mampu menguatkan ikatan perkahwinan di antara suami dan isteri sehingga ada yang mengatakan suami akan jauh lebih mengenali dan memahami isteri secara zahir dan batin.
6.Ia juga membantu tumbesaran janin dan mengelakkan kelahiran pramatang.
*Ada pula sebab-sebab seks ketika hamil tidak digalakkan. Ketahuinya di dalam artikel Izni Jalil, EH! keluaran Mac di halaman 182.