Pada awal tahun ini, Hans Isaac bersungguh-sungguh menafikan hubungannya dengan pelakon dan pengacara yang semakin meningkat naik, Neelofa. Tidak mahu gossip murahan mempengaruhi kerjaya mereka berdua katanya. Tiba-tiba Hans mengeluarkan kenyataan sanggup menunggu Neelofa selama 3 tahun. Kami tidak pasti apa yang Hans sanggup tunggu tetapi apa yang menarik adalah kenyataan balas Neelofa.
PENGACARAAN HANS ISAAC DI BELLA AWARDS BERKESAN >>
Menurut Neelofa, dia terharu dengan kesanggupan Hans untuk menunggunya namun begitu dia faham kerana faktor umur, Hans sudah mula memikirkan tentang masa hadapan. Mereka berdua ada berbincang untuk menjadi lebih serius di dalam perhubungan. Menurut Neelofa lagi, Hans tidak pernah mendesaknya dan merupakan seseorang yang sangat memahami.
NEELOFA PILIHAN JUTAWAN AUTOMOTIF? >>
Katanya lagi, dia akan berbincang dengan Hans untuk mencari masa yang sesuai untuk mereka bersatu kerana mahukan perhubungan dan perkahwinan yang berkekalan. Kalau Hans seorang yang tidak mendesak dan memahami, rasanya tiada masalah untuk Neelofa meneruskan kerjaya walaupun selepas berkahwin. Jadi apa tunggu lagi, Lofa? Just say yes!