Dari rumah ke rumah, hidangan demi hidangan. Perut bagaikan hendak ‘meletup’ akibat terlalu banyak menikmati jamuan yang disediakan di rumah terbuka. Badan pula cepat terasa letih dan lesu. Usah bimbang, minuman jus mampu menjadi penyelamat anda!
[tab: Sakit Perut]
Sakit perut
Makan dalam kadar yang terlalu banyak boleh mengakibatkan sakit perut. Sebiji timun, tiga batang sedari dan setengah inci halia yang dikisar boleh melegakan perut disamping membuang angin. Tambahkan sedikit madu jika perlu. Untuk kesan terbaik, kisarkan bahan-bahan tadi dengan air suam.
[tab: Kesegaran]
Melawan demam dan menambahkan kesegaran badan
Beraya dari rumah ke rumah boleh menyebabkan badan berasa letih. Keletihan melampau pula mengakibatkan demam panas. Pastikan anda mengekalkan kesegaran badan dengan mengisarkan sebiji oren, setengah biji mangga dan sebiji kiwi. Jus tropika yang kaya dengan vitamin C dan A ini tentunya dapat memantapkan lagi antibodi tubuh badan.
[tab: Sakit Tekak]
Sakit tekak
Minuman berkarbonat dan makanan berminyak yang berlebihan boleh mengakibatkan sakit tekak. Untuk melegakannya, perahkan sebiji oren dan sebiji limau (lemon). Jika perlu, tambahkan sedikit madu. Tip terbaik, panaskannya menggunakan pemanas mikro agar jus disediakan secara hangat. Selain melegakan tekak, jus ini juga baik untuk sistem pencernaan!
[tab: Go Detox]
Go detox!
Proses nyah-toksin baik untuk sistem pembersihan bahagian dalaman tubuh badan. Namun, proses ‘berpuasa’ diperlukan selama kira-kira tujuh hari sebelum anda memulakan proses ini. Anda perlu mengelakkan daripada mengambil makanan termasuk susu, daging, kafein, ikan, telur, gula dan nikotin. Sebaliknya, gantikan dengan jus detox iaitu campuran 8 aun tembikai, 4 aun strawberi dan 4 aun beri hitam. Minum jus ini selama seminggu dan anda tentu merasai kesannya!
[tab: Kulit Sihat]
Kulit sihat
Cuaca yang panas, makanan yang berlemak juga solekan yang lama boleh memberi kesan kepada kulit. Untuk mendapatkan semula kulit yang cantik lagi sihat, sediakan jus yang mudah ini. Kisarkan lima biji epal, dua biji lobak merah, sebatang daun sedari dan dua biji timun. Jus ini yang kaya dengan mineral silika juga vitamin C dan A mampu merawat semula struktur kulit sekali gus mengembalikan kecantikan asal anda!