Bukan sahaja fesyen, malah gaya kecantikan juga perlu diberi inspirasi tema. Memandangkan musim bunga/panas sudah pun berlalu, gantikan koleksi solekan di meja solek anda dengan rona-rona sejuk lagi anggun. Just so you know, fall/winter is back and goodbye heat of summer!
‘Frosty wild berry’
M.A.C Studio Fix Fluid SPF, RM130 Langkah 1 : Sapukan bedak asas pada seluruh wajah. Kemudian, ratakannya menggunakan bedak tabur untuk kesempurnaan asas solekan. |
Shiseido Shimmering Cream Eye Color Langkah 2 : Dalam kuantiti yang sedikit, sapukan pembayang mata ke seluruh kelopak mata. Ratakannya menggunakan berus yang sesuai. |
L’Oreal Color Appeal Open Eyes, RM53.90 Langkah 3 : Menggunakan rona paling gelap pada palet pembayang mata multi rona, sapukannya mengikut alur tulang kening bermula dari hujung mata ke tengah kelopak. Tambahkan sedikit rona separa gelap untuk teknik blend. Kemudian, sapukan rona paling cerah di bawah kening untuk efek highlight. |
Lancome Liner Definition Langkah 4 : Gunakan penggaris mata untuk membentuk garisan di alis mata. Bermula dengan garisan tipis, sapukannya dari bahagian tengah menuju ke hujung mata. Pastikan ketebalan garisan bertambah apabila mendekati bahagian hujung mata. |
L’Oreal Curl Impact Mascara Langkah 5 : Sapukan maskara pada bulu mata. Pastikan anda tidak ‘pam’ berus maskara ke dalam bekasnya beberapa kali. Ini mengelakkan daripada tekstur maskara mengering. |
M.A.C Me Over, RM75 Langkah 6 : Menggunakan berus yang lembut, sapukan pemerah pipi mengikut tulang pipi. Jangan sapukannya dalam kuantiti yang banyak. Memadai dengan hanya menonjolkan shading di pipi. |
M.A.C Ruby Woo Langkah 7 : Sapukan gincu pada bibir. Sebelum itu, kemaskan solekan bibir dengan menggunakan pensil bibir berona sama. |
Etude Aloha Cocktail Syrup Nail, RM15 Langkah 8 : Menggunakan rona kegemaran, pilih pewarna kuku yang sesuai untuk menata rias kuku anda. Bagi memelihara kuku daripada rosak, sapukan base coat terlebih dahulu. |
‘Glorious wild orchid’
Clinique Anti Ageing Treatment, Repairwear Laser Focus, RM125 Langkah 1 : Sapukan bedak asas pada seluruh wajah. Kemudian, ratakannya menggunakan bedak tabur untuk kesempurnaan asas solekan. |
Shiseido Shimmering Cream Eye Color Langkah 2 : Selepas mengaplikasikan pembayang mata berona asas, sapukan sapukan rona ungu ini dalam kuantiti yang bersesuaian. Gunakan teknik soket, ciptakan bentuk ‘V’ di hujung mata ke bahagian tengah kelopak. |
Lancome Ombre Absolue Palette Langkah 3 : Menggunakan rona paling gelap pada palet pembayang mata multi rona, sapukannya mengikut alur tulang kening bermula dari hujung mata ke tengah kelopak. Tambahkan sedikit rona separa gelap untuk teknik blend. Kemudian, sapukan rona paling cerah di bawah kening untuk efek highlight. |
Laura Mercier Caviar Stick Langkah 4 : Gunakan penggaris mata untuk membentuk garisan di alis mata. Bermula dengan garisan tipis, sapukannya dari bahagian tengah menuju ke hujung mata. Pastikan ketebalan garisan bertambah apabila mendekati bahagian hujung mata. |
Rimmel Extra Super Lash Mascara, RM27.90 Langkah 5 : Sapukan maskara pada bulu mata. Pastikan anda tidak ‘pam’ berus maskara ke dalam bekasnya beberapa kali. Ini mengelakkan daripada tekstur maskara mengering. |
THEFACESHOP Lovely Meex Langkah 6 : Menggunakan berus yang lembut, sapukan pemerah pipi mengikut tulang pipi. Jangan sapukannya dalam kuantiti yang banyak. Memadai dengan hanya menonjolkan shading di pipi. |
Clarins Rouge Prodige, RM83 Langkah 7 : Sapukan gincu pada bibir. Sebelum itu, kemaskan solekan bibir dengan menggunakan pensil bibir berona sama. |
O.P.I Miss Universe Naik Lacquer Langkah 8 : Menggunakan rona kegemaran, pilih pewarna kuku yang sesuai untuk menata rias kuku anda. Bagi memelihara kuku daripada rosak, sapukan base coat terlebih dahulu. |