Kepada yang minat untuk terjun di dalam bidang peragaan, mungkin pertandingan ini mampu menjadi batu loncatan untuk anda. Sunsilk telah memulakan pencarian gadis untuk memberikan wanita pengalaman memiliki rambut yang cantik bertepatan dengan rangkaian produk penjagaan rambut mereka yang telah dipertingkatkan. Pada kali ini, pencarian gadis Sunsilk berkonsepkan tarian memandangkan demam K-Pop di negara kita yang masih belum reda dan para peserta berpeluang untuk membuat persembahan pembukaan di Asia Super Showcase 2013 bersama dengan artis K-Pop terkemuka.
BAGAIMANA FESYEN BOLEH MEMUDARATKAN KESIHATAN >>
GADIS KOREA PILIHAN JEHAN MISKIN >>
Pemilihan Hannah Tan yang ditugaskan menjadi mentor dan panel hakim kepada para peserta sememangnya sesuai dengan tema K-Pop yang dibawa oleh pertandingan ini, kerana personalitinya yang ceria dan bertenaga. Kenderaan rasmi Sunsilk bakal berlegar di kawasan Lembah Klang untuk menggalakkan penyertaan pencarian gadis mereka. Kempen ini akan berlangsung dari 18 Mac sehingga 14 April. Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman Facebook rasmi Sunsilk.