Percaya atau tidak, kita banyak belajar daripada filem-filem Hollywood terutama sekali dalam perhubungan cinta. Di sini kami ada senaraikan beberapa pengajaran yang kami dapat setelah menonton filem ‘He’s Just Not That Into You.
Tidak dinafikan, jika sesuatu atau seseorang itu bukan hak kita, ia akan nampak lebih sempurna dan anda akan lebih teruja untuk memilikinya. Namun begitu, jangan sesekali merampas hak orang. Tiada siapa yang akan menang sekiranya anda bercinta dengan suami orang. Ada tiga kemungkinan untuk anda; Pertama, si dia menjadikan anda kedua terbaik di dalam hatinya. Kedua mungkin si dia tidak sanggup meninggalkan isterinya dan hanya mahu berseronok serta mempermainkan hati dan perasaan anda. Tetapi yang paling perit apabila si dia meninggalkan anda untuk wanita lain di kemudian hari. Semua ini tidak mustahil dan anda tidak akan bahagia dengannya. Paling tidak, rasa bersalah anda merampas hak orang tidak akan hilang sampai bila-bila walaupun si dia sudah menjadi hak milik mutlak anda.
WAKTU YANG SESUAI UNTUK MENGUCAPKAN BYE-BYE >>
Sekiranya dia berminat, dia tidak menunggu lama untuk menelefon anda.
Lupakan 3-day-rule yang mengatakan lelaki akan menunggu selama tiga hari untuk mengajak anda keluar kembali. Sekiranya dia betul-betul berminat dengan anda, paling kurang dia akan menghantar mesej kepada anda mengatakan dia seronok keluar dengan anda dan tidak sabar untuk keluar bersama lagi. Jika si dia tidak menelefon anda, jangan begitu optimis memikirkan kemungkinan si dia sibuk, kerana dia mungkin lebih meminati perempuan lain daripada anda.
EMPAT KALI SEKS SEMINGGU UNTUK AWET MUDA? >>
Fobia dengan komitmen? Tinggalkannya.
Walaupun sudah lama anda bersama dengannya namun dia tidak mengungkit langsung perihal perkahwinan. Ramai rakan-rakan sudah mendirikan rumah tangga tetapi anda masih ragu-ragu dengan kesediaannya membina keluarga bersama. Sekiranya ini berlaku setelah anda berbincang dengannya, apa anda tunggu lagi? Angkat kaki sahaja. Walaupun serasi, anda berdua mempunyai pendirian yang berbeza. Sekiranya dia terasa dengan ketiadaan anda, dia akan cuba mendapatkan anda kembali dan mungkin bersedia untuk tanggungjawab yang lebih besar, iaitu perkahwinan.