Di belakang setiap lelaki bergaya, ada pula penata gayanya. Sekiranya anda mengharapkan isteri sebagai stylist peribadi, selebriti-selebriti Hollywood pula sanggup membayar pakar gaya untuk menata gaya mereka. Dan jangan terkejut, kebanyakan pakar gaya terbaik Hollywood adalah lelaki! Jadi, siapakah lelaki yang bertanggungjawab ke atas gaya menarik artis Hollywood kegemaran anda?
GENERATIONS OF STYLE DARIPADA COACH >>
Ryan Good
Sekiranya anda merasakan Justin Bieber seorang yang swag dalam gayanya, anda perlu berterima kasih kepada pakar gaya yang diupahnya iaitu Ryan Good atau lebih dikenali dengan nama gelaran ‘Swagger Coach.’
Todd Shemarya
Brad Pitt telah mengupah lelaki yang dikatakan mampu membuat apa sahaja nampak cantik, Todd Shermarya sebagai penasihat gayanya. Dialah yang bertanggungjawab menukar gaya Brad Pitt yang kini boleh dilihat menyarungkan cardigan chunky untuk mendapatkan gaya bohemian dan suit terbaik ketika ke majlis karpet merah.
GAYA PILIHAN SUKI WATERHOUSE >>
Philip Bloch
Siapa kata lelaki tidak boleh menata gaya seorang wanita? Philip Bloch telah menjadi pakar gaya selebriti lebih daripada sedekad dan rata-rata pelanggannya adalah selebriti wanita termasuk Halle Berry, Salma Hayek, Sandra Bullock dan Nicole Kidman.
GAYA PILIHAN SUKI WATERHOUSE >>
William Baker
Seorang yang suka menjadikan pelanggannya tampak seksi, feminin dan glamorous, William Baker pernah bekerja dengan Kylie Minogue, Bjork, All Saints, Shirley Manson dan Victoria Beckham.