Di dalam kehidupan seksual suami atau isteri, sesekali ‘eksperimen’ harus dilakukan untuk memanaskan lagi perhubungan anda berdua. Setiap hari makan nasi berlauk, sekali sekala mahu juga makan western food, setuju? Di sini kami ada beberapa cadangan panas yang kami dapat dari serata Eropah untuk anda cuba!
Orang British
Mereka di England sukakan sesuatu yang panas dan dingin. Mereka akan mengambil minuman panas dahulu sebelum melakukan seks. Setelah itu mereka akan meminum minuman yang sejuk sebelum menjelajah bahagian sensitif pasangan mereka.
POSISI SEKS YANG TIDAK PATUT ANDA CUBA >>
Orang Belanda
Menurut kajian, mandi boleh menjadikan anda lebih relaks dan menambah pengeluaran hormon seks gonadotrophin. Disebabkan ini, orang Belanda suka mandi bersama pasangan mereka yang dimulakan dengan hubungan intim.
OKEY KE KALAU BERCINTA DENGAN EX KAWAN ANDA? >>
Orang Perancis
Rata-rata tahu, lelaki Perancis sememangnya romantik. Tetapi mereka juga cepat bosan dengan seks di kamar tidur. Oleh itu, mereka akan cepat terangsang apabila melakukan hubungan seks di tempat umum. Mungkin kurang manis untuk kita mencubanya.
PANTANG LARANG DI KAMAR TIDUR >>
Orang Sepanyol
Perhiasan rumah di yang klasik dan classy menambahkan mood percintaan orang Sepanyol. Sekiranya anda tidak boleh terbang ke Sepanyol atau mempunyai perhiasan rumah ala Sepanyol, kami cadangkan anda memilih warna kegemaran mereka untuk menghias bilik tidur anda. Orang Sepanyol memilih warna hijau dan putih untuk memberikan ketenangan, warna emas untuk meningkatkan semangat dan ungu atau merah untuk menambahkan ghairah. Cuba tukar cadar katil anda dengan warna-warna ini dan mula bercinta seperti orang Sepanyol!
BERCUMBU BOLEH MENGURANGKAN STRESS? >>
Orang Itali
Pasangan di Itali suka merakamkan aktiviti seks mereka. Mereka percaya dengan cara ini mereka akan menjadi lebih ghairah, menambahkan keyakinan sekali gus menjadikan hubungan seks mereka bertambah baik. BEranikah anda melakukannya? We don’t need another Ariel and Luna Maya!