Bagi wanita, bentuk keseluruhan badan penting bagi mereka. Terlebih makan sedikit mulalah bertambah ukuran lilit pahanya atau lengannya! Namun begitu bagi lelaki, terutama bagi mereka yang sudah berkahwin, apa yang paling dititik beratkan adalah bahagian abdomen mereka ataupun perut. Khas buat anda, kami membongkar rahsia cara selebriti mendapatkan 6-pack mereka khas untuk anda pamalkan bagi mendapatkan perut yang kempis.
BEST NAKED MALE CELEBRITY LIST >>
Zac Efron
Lelaki idaman ramai ini akhirnya berotot tanpa lemak seberat 25 paun setelah mengamalkan campuran senaman deadlifts, squats, overhead presses dan weighted pull-ups selama 5 hari seminggu untuk kelihatan lebih buff di dalam filem The Lucky One.
STEROID? PIL KURUS? APA KATA KEVIN ZAHRI? >>
Joe Jonas
Walaupun badannya tidaklah segagah selebriti yang lain, dia menjaga badannya agar sentiasa berotot. Joe mengamalkan senaman kardio yang berat dan cross training untuk menjaga bentuk badannya.
Marc Jacobs
Sekiranya anda rasakan diri sudah terlambat untuk mendapatkan perut yang kempis, anda silap. Pereka fesyen terkenal Marc Jacobs mula mengamalkan gaya hidup sihat dengan mula pergi ke gimnasium setelah umurnya mencecah 49 tahun dan itulah rutin hariannya untuk mendapatkan badan dan perut yang kekal cantik. Jadikan dia inspirasi anda okey?
OBSESI LELAKI DAN BENTUK BADAN >>
Adrien Brody
Ada juga lelaki yang tidak mahukan 6-pack tetapi mahukan abdomen yang terbentuk seperti Adrien Brody. Dia bukan sahaja kerap mengangkat berat tetapi menjaga pemakanannya. Dia mengamalkan diet yang tidak berlemak, mengurangkan pengambilan gula dan alkohol untuk mengekalkan perut yang terbentuk sebegitu.
Mario Lopez
Siapa yang tidak mengidamkan badan seperti Mario Lopez. Caranya untuk mengekalkan bentuk badannya dengan berbasikal setiap hari yang sememangnya merupakan senaman yang terbaik untuk perut dan mempelbagaikan senaman papan yang diamalkannya.
Hugh Jackman
Pelakon watak Wolverine ini mengambil serius tentang penjagaan badannya. Dia mengamalkan senaman kardio untuk membakar lemak dan untuk membentuk otot, dia akan berbasikal, melompat tali dan berlari pantas sebanyak 6 sehingga selang 30 saat setiap kali bersenam.