Pelakon yang semakin meningkat naik, Amar Asyraf sememangnya tidak pernah berselindung tentang pertunangannya dengan kekasih hatinya Arna Salleh. Namun begitu, dia tidak begitu menghebahkan mengenai pernikahan mereka yang selamat dilangsungkan semalam (7 Jun 2013).
NORA DANISH BERBICARA MENGENAI PERKAHWINAN KEDUANYA >>
Gambar: twitter
CINTA TWITTER ZAHID AF DAN SARAH >>
Dengan sekali lafaz Amar telah selamat diijabkabulkan dengan Arna di satu majlis pernikahan yang agak privasi di rumah pengantin perempuan di Bidor, Perak dengan mas kahwin sebanyak RM1111 dan wang hantaran sebanyak RM 13,000. Hantaran sebanyak 7 dulang turut diserahkan kepada pihak pengantin perempuan yang dibalas kembali dengan 9 dulang hantaran.
IZZUE ISLAM KAHWIN PENGURUS SENDIRI >>
Gambar: instagram
JOSIAH HOGAN KAHWIN KALI KEDUA >>
Amar yang mengesahkan perkara ini di laman Twitternya mengatakan dia tidak menghebahkan hal ini atas alasan privasi. Namun begitu satu majlis untuk meraikan perkahwinannya akan diadakan pada 17 Ogos dia berjanji akan menjemput semua rakan media. Kami percaya rakan media faham dengan keputusan Amar ini. Tahniah buat anda berdua!