Kehidupan pelakon cantik ini tidak pernah sunyi dengan kontroversi. Daripada kontroversinya dengan bekas kekasihnya Shamsul Yusof sehingga ke berita kehamilannya selepas dua minggu melangsungkan perkahwinan dengan Farid Kamil. Kini kecoh pula mengatakan yang dia sudah pun selamat melahirkan anak.
Gambar: instagram
AMAR ASYRAF KAHWIN MENGEJUT >>
Spekulasi bermula apabila Farid Kamil memuat naik gambarnya bersama seorang bayi di Instagram dengan komen “welcome to the world, my boy.” Bukan itu sahaja, akhbar tempatan turut melaporkan yang Diana sudah selamat melahirkan bayinya di sebuah hospital di Sydney, Australia.
Gambar: instagram
ANAK PEREMPUAN UNTUK KIM DAN KANYE >>
Diana yang sebelum ini dikatakan mengalami masalah dengan kerajaan Australia kerana keadaannya yang mengandung di sana juga pernah dikhabarkan ditaja oleh seorang anak VIP yang sudah membawanya pulang ke Malaysia untuk melahirkan anaknya di sini. Tiba-tiba keluar gosip sebegini pula.
NABILA HUDA DAN NAS-T BERPISAH >>
Menjawab spekulasi ini, adik kepada Farid Kamil, Fadzil Zahari, menafikan hal ini dan mengatakan bayi di dalam gambar yang dimuat naik tersebut adalah anak saudara mereka. Hal ini turut dinafikan oleh orang besar MIG, David Teo yang baru sahaja berjumpa dengan Farid. Baru-baru ini, Farid telah pun membuat kenyataan di laman sosial Keek yang Diana dijangka akan melahirkan anak pada 15 Julai ini.
Gambar: instagram
NORA DANISH BERBICARA TENTANG PERKAHWINAN KEDUA >>
Farid juga dilanda kontroversi kerana dikatakan tidak serasi dengan ibu mertuanya sendiri dan telah meluahkan hal tersebut di laman sosial Twitter. Farid menyindir ibu mertuanya secara terbuka di laman Twitter dengan mengatakan ada yang bertanya bagaimana dia mampu bertahan dengan ‘mertua’ seperti itu. Namun begitu, ibu Diana, mengulas kenyataan Farid di dalam Harian Metro dengan mengatakan yang dia akan membiarkan sahaja apa yang Farid mahu katakan dan akan terus mendoakan yang baik-baik untuk mereka berdua.