Apabila anda mula masuk ke dalam bidang pekerjaan, kebanyakan masa banyak dihabiskan di pejabat. Apabila berat badan semakin meningkat, anda menyalahkan metabolisme yang semakin rendah tetapi anda tidak sedar sebenarnya tabiat anda di pejabat menjadi punca utama kenaikan berat badan anda itu.
NAK KURUS? HIDU SAHAJA MAKANAN INI >>
Kajian telah dijalankan oleh Harris Interactive pada tahun 2012 yang melibatkan 5,700 orang pekerja. Sejumlah 44 peratus individu bertambah berat badan kerana profesion mereka sendiri. Hasil kajiannya, 26 peratus daripada pekerja naik lebih daripada 10 pound dan 14 peratus naik 20 pound. Hanya 16 peratus daripada pekerja sahaja yang mengalami turun berat badan. Menurut kajian itu lagi, antara pekerjaan yang dipercayai menjadi penyebab kenaikan berat badan setiap individu ini adalah agen pelancongan, hakim atau peguam, pekerja sosial, cikgu, mereka yang terlibat di dalam industri rekaan seperti arkitek, pembantu pengurusan, polis, bomba, pekerja pemasaran dan pekerja IT.
TIDUR BOGEL BANTU ANDA KURUS? >>
Lebih daripada 54 peratus daripada mereka menyatakan penyebab utama kenaikan berat makan mereka adalah disebabkan mereka duduk sepanjang hari menghadap komputer dan makan tengah hari di tempat duduk mereka. Ada juga yang mengatakan mereka akan makan ketika tertekan dengan kerja, kerap makan di luar, tidak makan tengah hari kerana kekurangan waktu, terlalu banyak perayaan atau majlis keraian (makan-makan) di pejabat dan kawan-kawan yang kerap membawa makanan ke pejabat. Jadi, adakah anda tergolong di dalam golongan yang gemuk kerana kerja? Sekiranya ya, mulalah menggunakan tangga untuk naik ke pejabat, beli snek yang sihat dan kaya dengan fiber, bawa bekal makanan dari rumah, minum air dengan banyak, kurangkan pengambilan air berkarbonat dan yang mengandungi kafein serta kerap berjalan dari satu tempat ke tempat yang lain.