Siapa yang tak kenal dengan insan yang bernama Halim Othman. Namanya cukup sinonim dengan dunia radio. Mula berjinak-jinak di konti 13 tahun yang lalu bermula dengan Era FM kemudian ke Sinar FM pada 2005 dan 2010 dia dilamar oleh Suria FM sehinggalah kehari ini.
Matlamatnya sekarang adalah untuk menjadikan Sinar FM sebagai radio yang terkemuka di Malaysia. Bagi Halim, setiap hari cabarannya sama, untuk mengekalkan momentum mood setiap kali di konti dan apabila sudah biasa dilakukan tiada apa yang sukar.
GAMBIT MENCARI ERTI KASIH SAYANG >>>
Berpegang kepada nasihat yang diberikan oleh Kudsia Kahar; “Setiap kali bersiaran sentiasa anggap itu merupakan episode terakhir” dan itu yang dipegangnya setiap kali ke udara.
Pengalaman selama 13 tahun dalam dunia radio mengajarnya ‘How to make things work!’.