Setiap kali buka almari, mesti tak tahu nak pakai apa walhal minggu lepas baru sahaja beli baju baru. Cuba periksa almari kamu, dan catat item fesyen wajib yang tiada dalam koleksi kamu.
Jean dan baju T – paling mudah untuk digayakan ke mana sahaja untuk bersantai. Pastikan kamu mempunyai beberapa pilihan baju T dan beberapa helai seluar jean berbeza potongan.
Gambar: style-and-you.com
Dress hitam (little black dress) – item wajib ada dalam koleksi kamu. Ia sangat memudahkan bila kamu perlu berpakaian elegan. Warna yang hitam memerlukan mainan aksesori yang menonjol bagi membangkitkan mood elegan seperti labuci, beg kepit berwarna terang atau kasut tumit yang sepadan.
Seluar kembang dan blaus – padanan yang sangat santai dan memudahkan kamu untuk keluar minum dengan teman, meeting atau membeli belah.
Gambar: coreattirefashion.net, shelikes.com, sheinside.com
Skirt – sekurang-kurangnya kamu perlu ada skirt pensel, skirt kembang dan skirt labuh setiap satu dalam koleksi kamu.
Dress berbunga (floral dress) – item ini sangat sesuai digayakan ketika musim panas dipadankan dengan kasut leper ketika keluar.
Gambar: aliexpress.com
Jaket – pilih fabrik jaket yang bersesuaian dengan cuaca di Malaysia. Kamu mungkin akan menggayakannya apabila kena dengan tempatnya.
Top kait (knitted top) dan seluar pendek – tanpa perlu berlebihan dalam berfesyen, penyelamat terbaik adalah top kait dan seluar pendek. Bagi menyudahkan the whole look, padankan dengan sepatu yang cantik.
Leggings – item paling praktikal perlu ada ialah leggings yang sesuai untuk semua bentuk badan. Kamu boleh memadankan ia dengan baju panas panjang, blaus, baju longgar dan ketat.
Seluar skinny – jika tiada lagi dalam koleksi, ini item yang perlu kamu beli untuk sesi beli-belah seterusnya.
Gambar: urbanbeautylegend.onsugar.com
Dress labuci – perlu ada satu dalam almari kamu supaya bila ada acara yang memerlukan kamu untuk bergaya glam, senang.