Mengambil keputusan untuk berkahwin memerlukan kamu memberi perhatian kepada beberapa perkara. Kehidupan yang akan kamu lalui sebagai sepasang suami isteri akan merubah segala urusan kamu seperti perbelanjaan bulanan, cara hidup dan sebagainya. Beberapa perkara yang perlu kamu ambil kira sebelum berkahwin.
Gambar: flickr.com
Tempat Tinggal
Masa bercinta, tak menjadi hal jika kamu dan dia duduk berjauhan. Berlainan apabila kamu hendak berkahwin. Pilih kawasan tempat tinggal yang boleh memudahkan perjalanan ke tempat kerja masing-masing setiap hari. Untuk adil, pilih kawasan yang berada di tengah antara tempat kerja kamu dan dia.
Perbelanjaan Isi Rumah
Betul, suami sepatutnya yang menyediakan kelengkapan isi rumah seperti barang dapur dan sebagainya. Andai kata gaji bakal suami tidak mampu menyediakan segala-galanya, bincangkan tentang pembahagian bayaran untuk keperluan rumah seperti bil-bil dan belanja dapur. Tak salah jika dibahagi sama rata untuk kegunaan bersama.
Kehidupan Sosial
Sebelum kahwin, kamu bebas keluar lewat untuk lepak dengan teman di hujung minggu. Berbeza bila sudah hidup bersama nanti, perlu utamakan suami dahulu. Jika ingin keluar bertemu teman, beritahu dia.