Hai semua! Selepas penat bekerja dan tiba masa hujung minggu, saya gunakan sehabis baik untuk temu janji seperti dalam filem Hollywood dengan yang tersayang. Makan malam yang disusuli dengan menonton wayang adalah perkara biasa, jadi untuk sedikit kelainan saya akan mencuba sesuatu yang diinspirasikan dari layar perak. Saya suka berpura-pura seperti pelakon heroin dalam filem kegemaran dan si dia akan menjadi seperti Brad Pitt (seronoknya!). Untuk pergi ke temu janji bermakna saya akan menghabiskan masa yang banyak di luar, jadi saya tidak lupa untuk memakai krim siang untuk kelihatan berseri sepanjang masa! Berikut antara temu janji saya dan yang tersayang telah lakukan.
Filem: Ruby Sparks
Aktiviti: Taman
Taman benar-benar menenangkan tetapi terlalu ramai yang memerhati. Sesekali keluar untuk temu janji bermakna anda perlukan masa berdua bersamanya, di tempat yang sunyi dari hiruk pikuk orang keliling. Pilih tempat yang sesuai seperti di tepi tasik. Ketika temu janji saya, kami menikmati hidangan makanan tengah hari yang saya bawa sambil menyaksikan hidupan yang terdapat di taman dan menikmati keindahan alam.
Filem: 10 Things I Hate About You
Aktiviti: Paintball
Sesekali biarkan adrenalin anda dipam dengan satu atau dua pusingan paintball! Anda boleh bermain bersama-sama dalam satu kumpulan atau cuba berlawan antara satu sama lain. Pasti anda berdua akan seronok sambil bekerja keras untuk menang (secara tidak langsung, senaman ini dapat membuatkan kulit anda cerah!).
Filem: 500 Days Of Summer
Aktiviti: Muzik
Dunia hari ini semuanya serba digital, dan tak ramai lagi yang pergi ke kedai mencari cakera padat. Sesekali mencari cakera padat lagu kegemaran adalah menyeronokkan! Dari situ anda akan mempelajari tentang muzik kegemarannya sambil mengenalinya dengan lebih lagi. Jika tidak, apa kata anda berdua pergi ke konsert atau hiburan muzikal sambil menikmati alunan muzik yang menenangkan.
Filem: The Little Mermaid
Aktiviti: Menaiki Bot
Bayangkan anda berdua di atas bot dalam sebuah tasik, dengan air yang tenang sambil kelip-kelip bebas berterbangan – bagaikan berada dalam dunia sendiri. Diinspirasikan dari filem The Little Mermaid, kami duduk di dalam bot sambil berbual dan berbual. Ah, perasaan yang tak dapat digambarkan, hanya berdua dan jauh dari hiruk pikuk kehidupan. Kami tangkap beberapa kelip-kelip dan masukkan ke dalam botol sambil menyaksikan ia menyala. Kemudian melepaskan semula.
Filem: Sisterhood Of The Traveling Pants 2
Aktiviti: Menunggang
Menyaksikan lampu malam di bandar sambil menaiki skuter adalah cara baru untuk bersama yang romantik. Tip bonus untuk anda – berbasikal bersama pada waktu pagi atau petang sambil menghirup udara segar dan berkelah di taman.
Inginkan kulit cerah? Mulakan rutin penjagaan kulit anda dengan L’Oréal Paris White Perfect Double Essence, White Perfect Day Cream SPF 17/PA++ dan White Perfect Night Cream. Dengan bahan-bahan Melanin Vanish™ dan batu permata Tourmaline, ia mengurangkan bintik hitam dan menjadikan kulit lebih berseri. Lebih menarik, White Perfect diuji secara dermatologi untuk kulit orang Asia.
Dapatkan maklumat lanjut di