Pemakaian tali pinggang yang bersesuaian akan menjadikan the whole look kamu tampak sempurna. Gabungan rona dan kedudukan tali pinggang serta gaya helaian kamu perlu seiring. Beberapa perkara yang perlu diambil kira sebelum mengenakan tali pinggang.
Gambar: camaieu.com
Ketahui paras pinggang. Jika anda mempunyai badan yang pendek, kedudukan tali pinggang di hadapan seeloknya direndahkan sedikit manakala bahagian belakang jatuh di atas garisan pinggang. Bagi yang tinggi, pakai tali pinggang pada paras pinggang sebenar.
Kelebaran tali pinggang. Kelebaran tali pinggang mempengaruhi keseluruhan rupa kamu. Bagi yang berbadan besar, pilih saiz tali pinggang yang sedikit lebar. Manakala skinny belt sangat sesuai buat si kurus.
Permainan rona. Bergantung pada apa yang ingin kamu tonjolkan. Jika kamu mengenakan helaian polos, jadikan tali pinggang sebagai item statement dengan memilih rona yang terang atau bercorak.
Tambah lapisan helaian. Jaket dan kardigan mampu menambah dimensi tekstur yang menyelamatkan keseluruhan gaya.