Laser atau lasik mata ialah proses pancaran cahaya pada mata bagi memperbaiki penglihatan. Dalam erti kata lain, salah satu cara untuk cantik tanpa mengenakan cermin mata. Kebiasaannya mereka yang melakukan laser mata mempunyai tahap kerabunan yang sangat tinggi.
Gambar: mentalhealthy.co.uk
Kenapa Laser Mata?
Tidak menyakitkan kerana tidak menggunakan pisau dan tiada sebarang jahitan untuk proses ini.
Prosedur ini memakan masa hanya 15 minit sahaja.
Yang Perlu Kamu Tahu Tentang Laser Mata…
Pesakit kencing manis atau darah tinggi boleh melakukan proses ini jika retina berada dalam keadaan sihat.
Bagi wanita yang mengandung dan menyusu sebelum enam bulan tidak digalakkan.
Kos untuk prosedur ini agak mahal antara RM6990 (untuk umur bawah 40) dan RM7990 (40 tahun ke atas) bergantung pada tempat.