Kita sering mendengar, ‘Nak pikat suami, mulakan dengan perutnya’. Bermakna, jika si isteri pandai memikat selera suami pasti suami akan lebih gembira. Nama pun lelaki, mereka memang kuat makan! Apakah kelebihan kepada perempuan yang tahu memasak?
Gambar: lipstiq.com
Jimat
Kos makan untuk dua orang kalau di kedai sekarang ini melebihi kos untuk memasak jadi jika isteri pandai memasak, secara langsung dapat menjimatkan perbelanjaan harian. Dapatlah menyimpan untuk pergi bercuti!
Mertua Sayang
Haih… Takkan nak hidang lauk dari kedai mamak bila mertua datang melawat? Jika isteri pandai memasak, bolehlah mengambil hati mertua dengan memasak masakan kegemaran mereka (walaupun tak sesedap masakannya) yang penting usaha.
Musim Perayaan
Ketika musim perayaan, pasti suasana akan jadi meriah apabila semua orang bekerja sama untuk memasak masakan tradisional perayaan. Tidaklah kamu duduk depan TV sedangkan yang ipar-duai yang lain sibuk di dapur.