Sungguhpun usianya baru setahun jagung dalam industri hiburan namun bakatnya sedikit pun tidak menggambarkan yang dia seorang pendatang baru. Nama Amar Asyraf sering disebut peminat drama bersiri Melayu selepas kejayaan cerita Setia Hujung Nyawa.
Berita perkahwinan Amar dengan gadis pilihan, Arna Salleh pada Jun lalu sedikit sebanyak mematahkan banyak hati peminat wanitanya. Mana tidaknya, semua gadis yang menonton cerita lakonan Amar pasti punya perasaan terhadapnya. Hehe.
Apabila ditanya oleh penulis EH! adakah Amar tidak takut jika gagal mencuri keyakinan produser dek kerana perkahwinan yang berlangsung di fasa awal bergelar pelakon, jawabnya dia tidak gentar malah akan terus berusaha keras untuk kekal relevan biar untuk jangka masa 10 tahun akan datang.
Jejaka kacak ini punya impian untuk berlakon di bawah arahan Khabir Bhatia, Mamat Khalid dan Christopher Nolan satu hari nanti.
Selanjutnya tentang kisah Amar, dapatkan naskhah EH! edisi Oktober.